Waris


Diaspirasikan daripada filem popular itu,drama bersiri 13 episod terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd ini mengetengahkan plot Waris yang dimulai kesinambungan sisi kehidupan Ari yang tinggal bersama Mak Longnya di Ampang Batu setelah kejadian yang berlaku di Mendekar. Dia mendapat sokongan kakaknya, Kasma juga Tina, kawan baiknya. Begitu pun kehadirannya di situ tidak disenangi sebahagian penduduk kampung terutamanya Rubiah. Namun segalanya tidak mematahkan semangat Ari untuk terus berbakti mengubati penyakit dan membuat ubat-ubatan herba membantu mereka yang memerlukan bantuannya untuk berubat. Pada masa sama dia terpaksa berdepan dilema semangat harimau yang diwarisinya.
Ari berkenalan pula dengan Renee dan tanpa diduga dia dapat merasakan ada sesuatu yang mengawal Renee. Tia pula mengajak Ari menemaninya menyertai pertandingan nyanyian walaupun dibantah ayahnya, Pak Leman. Akhirnya Tia terpilih untuk ke peringkat akhir dimana salah seorang juri, Ramon tertarik hati dengan kecantikan Tia.

Tia memutuskan lari dari rumah namun Reena terus membawanya ke rumah Ira. Ari pergi ke Kuala Lumpur mencari Tia dan berkenalan dengan jiran Ira yang pelik bernama Finn. Pada malam itu Ari hantui lembaga misteri di rumah Ira. Ramon, penerbit rakaman cuba memancing Tia yang lurus dengan menyuruh Reene memujuk Tia menyain kontrak dengan syarikatnya.
Ari bertemu Tia di studio namun dia bertegas tidak mahu mengikut Ari pulang ke kampung. Satu pergelutan berlaku antara Ari yang cuba menyelamatkan Tia daripada perangkap Ramon dengan semangat saka yang dimilikinya. Kejadian itu membuatkan Ramon mengupah Harman mencari siapakah musuh yang cuba mencabarnya.
Ketika membersihkan bilik stor di rumah Ira, Ari terjumpa buku lama kepunyaan Kasturi. Finn yang masih trauma menceritakan tentang kisah Kasturi. Untuk menyiasat lebih lanjut, Ari pulang ke kampung bertemu Nenek Alam yang kemudiannya terkejut kerana gambar Kasturi menyerupai Tia. Kasturi sebenarnya primadona yang telah dikatakan telah hilang hingga kini.
Di situlah terbongkar cerita keluarga mereka menyimpan misteri kehilangan Kasturi. Ari telah bermimpi bertemu Kasturi dan kemudiannya diserang lembaga misteri. Ramon pula dengan bantuan Harman cuba menggunakan kuasa hitam terhadap Ira namun terkena pada Wati meskipun sedar kuasanya tidak setanding Ari.
Ari mendapat gambaran yang pelik bila tiba-tiba berada ‘di alam’ Kasturi dan menyaksikan mengarang puisi. Sementara Nenek Alam pula terkejut melihat Ari dan Tia yang tak ubah seperti Kasturi dan Zallli. Dia sekali lagi terkejut melihat Ramon yang benar-benar menyerupai Chandran ketika muda.
Nenek Alam memberitahu Ari tentang rahsia batu loket hitam yang dipakai Ramon. Siapakah Ramon yang sebenarnya? Apakah hubungan antara Kasturi dengan Chandran dan Zalli yang diketahui oleh Nenek Alam yang ingin dikongsi dengan Ari? Mampukah kuasa dimiliki Ari beradu kekuatan dengan kuasa milik Ramon yang diwarisi daripada datuknya Chandran?
Untuk mengetahui kesudahan drama menarik ini, pastikan anda meluangkan masa menonton Waris, setiap Selasa, jam 10.00 malam menerusi saluran Dunia Ria, TV2 yang turut dibintangi Linda Hashim, Kavita Sidhu, Lana Nordin dan Amelia Chen.


Related Posts:

  • FIFA WORLD CUP 2010 ( Piala Dunia FIFA 2010 )Piala Dunia FIFA 2010 adalah Piala Dunia FIFA ke-19, kejohanan premier bola sepak antarabangsa. Ia dijadualkan akan berlangsungdari 11 Jun hingga 11 Julai 2010 di Afrika Selatan . proses kelayakan yang bermula pada Ogos 2007 … Read More
  • Sepanyol juara Piala Dunia FIFA 2010salam... hari ni post pertama aku untuk sem terbaru ni... selamat datang diucap kepada semua student UMP yang baru mendaftar.. " dulu pelajar kini mahasiswa" . harini aku nak share kemenangan pasukan spain keatas belanda.. ak… Read More
  • BERITA DAN VIDEO KEKEJAMAN MARIN ISRAELsalam.. post untuk kali ni sebagai tanda bantahan kepada tindakan kejam rejim marin israel yang menyerang kapal Mavi Marmala kira-kira jam 7.30 pagi (31 jun 2010) ketika kapal tersebut dalam perjalanan menghantar bantuan kem… Read More
  • Din Beramboi ( Al- Fatihah)kita mulakan dengan Al-Fatihah.... kita sedekahkan surah Al-Fatihah ini kepada Allahyarham Din beramboi yang baru sahaja meninggalkan kita buat selamanya.. yang pergi tetap pergi dan tidak akan kembali lagi. Yang hidup terusk… Read More
  • Return To Africa 2010 (FIFA 2010)salam.. korang yang peminat bola mesti tak sabar nak tengok fifa 2010. mesti dah tengok jadual perlawanan kan. kebanyakan game main awal, so takde la ramai yang jadi burung hantu nanti hehehe.... tapi dalam bab fifa 2010 ni a… Read More