M Rajoli Meninggal Dunia
By PEREKA CERITA at Saturday, September 18, 2010
ISU SEMASA
kita mulakan dengan Al-Fatihah.... kita sedekahkan surah Al-Fatihah ini kepada Allahyarham M Rajoli yang baru sahaja meninggalkan kita buat selamanya.. yang pergi tetap pergi dan tidak akan kembali lagi. Yang hidup teruskan kehidupan dengan tabah. Hari ini kita masih hidup dan sihat, dapat membaca, dapat menulis, dapat melihat, dapat makan tapi esok lusa belum tentu kita masih sihat??
Pelakon veteran M. Rajoli meninggal dunia (utusan online)
KUALA LUMPUR 17 Sept. – Pelakon veteran, M. Rajoli, 65, meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam ini di Hospital Ampang di sini selepas dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami tekanan darah rendah dan masalah jantung sejak semalam.
Sewaktu dimasukkan ke hospital tersebut, pelakon itu sudah didapati semakin tenat dan diberi alat bantuan pernafasan kerana masalah yang dihadapinya itu.
Menurut anak bongsu pelakon itu, Mohd. Arif Rajoli, 23, berkata, keadaan bapanya semakin kritikal awal malam ini sehingga diletakkan di bawah pemerhatian rapi doktor.
“Bagaimanapun bapa saya telah meninggal dunia pada pukul 11 malam kerana masalah kesihatan yang dihadapinya itu.
‘‘Sebelum ini bapa saya kurang sihat dan terlantar di rumah sejak menjalani pembedahan di bahagian kepala kerana menghidap penyakit tumor. Dia menghidap penyakit itu sejak empat tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan di bahagian kepala.
“Dia pernah menjalani rawatan susulan kimoterapi kerana penyakit itu,” katanya kepada Utusan Malaysia malam ini.
- UTUSAN