SELAMAT TAHUN BARU 2011

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU 2011
Hari ini hari terakhir 2010. Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah setahun rupanya. Esok bakal muncullah tahun 2010. Ada yang mula memasang angan dan tak kurang juga membulat azam untuk mencapai sesuatu hajat yang diinginkan dalam tahun 2011 ini. Situasi ini tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan waktu. Sesiapa yang bijak menguruskan waktu dalam jadual sehariannya maka berpeluanglah untuk mencapai hajat dicitakan. Sebaliknya kepada sesiapa yang hanya membazirkan masa tanpa melakukan apa-apa pastinya kemudian hari berdepan dengan kerugian. Pereka Cerita mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011
Yesterday is memory. Today is a gift. TOmmorow is a Hope. Let’s begin New Year ….. with faith, love, peace and new hope
UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU 2011
Blog Pereka Cerita ini hanyalah 1 blog yang menghimpun sinopsis movie dan drama. Blog ini direka bersandarkan kepada minat Pereka cerita yang suka tengok movie, drama dan mengumpul sinopsis . azam Pereka cerita untuk tahun 2011 dari segi blog
1) Menggunakan pendapatan dari Nuffnang untuk membeli PSP
2) Walaupon sibuk berkerja sebagai engineer tetapi masih aktif berblog
3) Mengumpul lebih banyak sinopsis movie dan drama
Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui. Coretan demi coretan telah memenuhi, kadang tak berarti, kadang tanpa makna, atau hanya sedikit makna. Semoga di tahun ini setiap lembaran memiliki makna, setiap lembaran bermanfaat. Selamat tahun baru 2011. Semoga lebih berjaya.
SELAMAT TAHUN BARU 2011
Biarlah kenangan 2010 menjadi iktibar dan panduan untuk masa hadapan. jangan la kita sentiasa menyesali kenangan sedih tahun lepas tetapi mari la kita bangkit untuk membina kenangan baru yang kita harapkan ianya manis. Pereka Cerita memohon maaf kepada semua jika terdapat kesilapan yang telah saya buat.
Iman membuat segala sesuatu menjadi mungkin. Harapan membuat segala sesuatu menjadi bekerja. Cinta membuat segala sesuatu menjadi indah. Semoga kita semua memiliki ketiganya untuk tahun baru ini

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU 2011
Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran


Raihan - Demi Masa

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan... Yang beriman dan beramal saleh

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan... Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran

( korus 1 )
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

( korus 2 )
Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan... Yang beriman dan beramal saleh
( ulang korus1, korus2 )

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Related Posts:

  • CERITA EURO 2012 DI TV3 NTV7 TV9Berikut merupakan jadual perlawanan yang dibawa secara langsung di TV3:8 Jun 2012, Jumaat Poland lwn Greece 12.00 tgh mlm9 Jun 2012, Sabtu Belanda lwn Denmark 12.00 tgh mlm10 Jun 2012, Ahad Ireland lwn Croatia 2.45 pagi (Isni… Read More
  • SENARAI PROGRAM RAYA ASTRO 2012Antara program menarik Hari Raya yang bakal disiarkan mengikut saluran adalah seperti berikut:Astro Ria (saluran 104) KL Gangster 18 Ogos, pukul 9 malam (Filem) Mega Raya 2012 18 Ogos, pukul 11 malam (Hiburan) * siaran … Read More
  • WANG KERTAS BARU MALAYSIA 2012 (GAMBAR DAN VIDEO)Hari ini nak share isu semasa yang tengah hangat di bicarakan.. isu pasal wang kertas Malaysia baru untuk 2012Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan siri mata wang baharu dengan rekaan wang kertas dan syiling yang menerapk… Read More
  • SELAMAT HARI LAHIR SONY PSPKesemuanya yang Pereka Cerita hajati untuk tahun 2011 telah tercapai. Hari ini merupakan hari bertuah buat perekacerita melaksanakan WISHLIST 2011 yang terakhir yang baru sahaja tercapai.. WISHLIST beli SONY PSP 2000 hasil da… Read More
  • SELAMAT TAHUN BARU 2012PEREKA CERITA ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012.. Sama seperti tahun lepas perekacerita akan terus main blog sebagai hobi masa lapang.. Azam tahun ini hanyalah untuk mencapai semua "WISTLIST 2012" alhamdulilah segala … Read More