I AM NUMBER FOUR
By PEREKA CERITA at Wednesday, March 02, 2011
FILEM: I Am Number Four
ARAHAN: DJ Caruso
PELAKON: Timothy Olyphant, Alex Pettyfer, Dianna Agron, Kevin Durand, Teresa Palmer dan Callan McAuliffe
GENRE: Aksi Fiksyen
TAYANGAN: 24 Februari 2011
ULASAN: Murshid Eunos (HARIAN METRO)
SINOPSIS I AM NUMBER FOUR
I Am Number Four sebuah simbolik persahabatan dan konflik cinta tetapi diterjemah dalam konsep fantasi menarik. Setiap satu pembangunan babaknya disuntik nafas pengarahan berbeza dan segar untuk menarik perhatian penonton, khususnya golongan muda.
Sembilan bayi makhluk asing terlepas ke bumi selepas dunia mereka, Lorien hancur dimusnahkan golongan Mogadorians yang memusuhi keturunan mereka. Namun kejamnya, Mogadorians masih menjejaki sembilan individu istimewa itu hingga ke bumi.
Sembilan komponen itu dikurniakan kuasa hebat yang dimiliki sepanjang mereka membesar. Mereka turut diberi nombor bagi mengekalkan identiti masing-masing selain seorang penjaga bagi memastikan kuasa dimiliki konsisten dan dapat dikawal.Memandangkan sembilan itu menetap di dunia yang penuh manusia yang kaya dengan adat dan budaya, mereka perlu bijak menyesuaikan diri.
Tiga terawal berjaya dibunuh Mogadorians, dan kini mereka memburu individu keempat iaitu Alex Pettyfer yang menggelarkan dirinya John Smith berpindah ke Paradise, Ohio selepas jejaknya diperhatikan. Bosan hanya menyembunyikan diri, Smith ingin kebebasan seperti remaja lain dan membuat keputusan memasuki sekolah.
Status pelajar baru membuatkan Smith dibuli, namun menemukannya dengan gadis jelita yang juga jurugambar, Sarah (Dianna Agron). Smith ingin memperjuangkan kebebasan dirinya. Smith ingin merasai nikmat jatuh cinta dan mula menentang penjaganya.
Naskhah yang mencuri inspirasi dan diadaptasi daripada novel tulisan Pittacus Lore, I Am Number Four, filem ini dipersembahkan dengan deretan babak aksi menarik.