WANG KERTAS BARU MALAYSIA 2012 (GAMBAR DAN VIDEO)




Hari ini nak share isu semasa yang tengah hangat di bicarakan.. isu pasal wang kertas Malaysia baru untuk 2012

Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan siri mata wang baharu dengan rekaan wang kertas dan syiling yang menerapkan keunikan Malaysia daripada segi warisan, budaya dan khazanah alam di samping peningkatan ciri-ciri keselamatan berteknologi terkini.

Siri wang kertas baharu ini menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang seiring dengan teknologi terkini termasuk imej bayang-bayang, tetingkap jernih, potret tera air berpiksel dengan nombor yang jelas, benang keselamatan yang berubah warna dan benang kanta mikro. Ciri-ciri lain adalah permukaan wang membolehkan individu yang bermasalah penglihatan mengenal pasti dan membezakan denominasi.

Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri mata wang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50 dan akan memudahkan pengguna membuat bayaran.

Edaran wang kertas denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 akan disediakan pada separuh kedua 2012 manakala denominasi RM50 baharu sudah berada di pasaran.

Wang syiling baru 2012 denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dilancarkan pada 25 Julai lalu akan diedarkan Januari depan.


VIDEO WANG KERTAS BARU MALAYSIA 2012



KOLEKSI GAMBAR WANG KERTAS BARU 2012 MALAYSIA


RM1 WANG KERTAS MALAYSIA BAHARU 2012



RM5 WANG KERTAS MALAYSIA BAHARU 2012


RM10 WANG KERTAS MALAYSIA BAHARU 2012




RM20 WANG KERTAS MALAYSIA BAHARU 2012



RM50 WANG KERTAS MALAYSIA BAHARU 2012



RM50 WANG KERTAS MALAYSIA BAHARU 2012 ( EDISI KHAS)



RM100 WANG KERTAS MALAYSIA BAHARU 2012

Related Posts:

  • Lailatul Qadar (Info dan Panduan)Tajuk : Lailatul QadarTarik : Bulan RamadhanSumber :1) http://www.pic.upm.edu.my/artk/llq.pdf 2) http://www.harakahdaily.net3) http://ibnuabbas.wordpress.comMaksud Lailatul QadarLailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (bahasa Ara… Read More
  • BERITA DAN VIDEO KEKEJAMAN MARIN ISRAELsalam.. post untuk kali ni sebagai tanda bantahan kepada tindakan kejam rejim marin israel yang menyerang kapal Mavi Marmala kira-kira jam 7.30 pagi (31 jun 2010) ketika kapal tersebut dalam perjalanan menghantar bantuan kem… Read More
  • Return To Africa 2010 (FIFA 2010)salam.. korang yang peminat bola mesti tak sabar nak tengok fifa 2010. mesti dah tengok jadual perlawanan kan. kebanyakan game main awal, so takde la ramai yang jadi burung hantu nanti hehehe.... tapi dalam bab fifa 2010 ni a… Read More
  • SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53MAKSUD KEMERDEKAANKemerdekaan ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan.Istilah kemerdekaan digunakan untuk membezakan dengan penaklukan yang merujuk kepada sesuatu … Read More
  • FIFA WORLD CUP 2010 ( Piala Dunia FIFA 2010 )Piala Dunia FIFA 2010 adalah Piala Dunia FIFA ke-19, kejohanan premier bola sepak antarabangsa. Ia dijadualkan akan berlangsungdari 11 Jun hingga 11 Julai 2010 di Afrika Selatan . proses kelayakan yang bermula pada Ogos 2007 … Read More