• This is Slide 1 Title

    This is slide 1 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 2 Title

    This is slide 2 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 3 Title

    This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

PENGALAMAN BELI RUMAH SEMI D

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan salam sejahtera,



Alhamdulillah, syukur... Memiliki rumah adalah impian setiap orang.. Aku juga mempunyai impian dan rumah idaman seperti yang ku angan2 sejak dari kecil.. kalau di ikut dari angan2 sememangnya rumah idaman mestilah seperti istana, mempunyai banyak bilik dan lengkap dengan pelbagai kemudahan, kolam renang, taman bunga, gym, padang pemainan, tepi tasik atau pantai.. tapi itu hanya angan2. realitinya jika ingin memiliki rumah seharusnya kita memilih yang sesuai pada baget dan kewangan semasa kita.
PENGALAMAN BELI RUMAH SEMI D SETINGKAT
Kami ingin berkongsi dengan korang pengalaman kami membeli rumah

14/09/14 - 27/4/2015 (BOOKING RUMAH )

  1. Kami mencari rumah idaman kami setelah selesai perkhawinan kami.  kami booking beberapa rumah..  
  2. mula2 booking rumah double storey di dengkil tetapi projek dibatalkan dan kami mendapat duit booking RM5000 kembali 
  3. kemudian awal April 2015 kami berjaya booking rumah SEMI D diteluk panglima garang hanya bermodalkan RM500, rumah ini telah menjadi rumah ke2 kami dan juga rumah yang kami pilih untuk didiami. 
  4. Pada 27/4/2014 kami booking RM500 rumah teres setingkat di rantau panjang, klang yang telah menjadi rumah pertama kami Dapatkan booking slip daripada agen atau pemaju. resit ini penting jika kita ingin membatalkan booking rumah tersebut. 
  5. Rumah teres ini dibeli kerana rumah Semi D yang kami beli kelihatan seperti projek gagal dan jika semi D tersebut berjalan kami rancang untuk menyewakan sahaja rumah teres ini.. 
  6. semasa awal april 2015 ini projek rumah semi d ini sudah bermula iaitu tanah sudah diratakan 
  7. Kami memilih rumah yang berada ditengah taman dan hampir dengan taman mainan untuk memudahkan anak kami bermain dan juga sebelum bumper jalan untuk memastikan kereta yang lalu dihadapan rumah berkelajuan slow


Ni layout rumah tu
RUMAH SEMI D TAMAN BENTARA, TELUK PANGLIMA GARANG
-30 UNIT
-LAND SIZE = 33X110
-BUILD UP = 23X50
-KELUASAN 338M2
-4 BILIK 2 BILIK MANDI
-FULLY TILES
-PLASTER SILING
-RUANG LAMAN HADAPAN DAN BELAKANG YANG LUAS
-DESIGN MODEN DAN MENARIK



28/4/2015 - 5/5/2015 (LENGKAPKAN BORANG PERMOHONAN)
  1. Pihak developer iaitu TIGA BINTANG ASTANA SDN BHD telah melantik I-GRAND PROPERTIES MANAGEMENT SDN BHD untuk menguruskan segala urusan melibatkan pembelian rumah teres ini. 
  2. ssejati akan mewakili pihak developer untuk pengurusan mencari Loan bank dan lawyer, 
  3. maknanya kami tidak perlu mencari bank dan lawyer hanya perlu menyediakan beberapa dokumen penting untuk memudahkan urusan bank dan lawyer. 
  4. Sebenarnya developer adalah perkara sangat sangat sangat penting yang perlu diberi perhatian.. terlalu banyak rumah baru terbenkalai disebabkan developer tak mampu meneruskan projek. dan sejujurnya developer yg kami pilih ini langsung tidak popular dah takde sebarang butiran kejayaan dalam internet.. memang 1 keputusan paling bahaya yang kami telah lakukan
  5. Dokemen yang diperlukan ialah
    • Slip gaji 3 bulan
    • penyata terbaru kwsp
    • bank statement
    • ic
    • Pengesahan jawatan dari majikan

5/5/2015 - 30/10/2015 (URUSAN SNP)
  1. Setelah penyerahan dokumen pada agent developer iaitu awal bulan 4 2015 , pihak developer perlu menyiapkan Perjanjian Jual Beli atau Sales And Purchase Agreement (SNP) untuk kergunaan dan rujukan pihak bank dan lawyer
  2. Proses penyediaan perjanjian ini memerlukan tempoh yang agar lama kerana memerlukan maklumat detail projek perumahan tersebut
  3. dari bulan 4 sehingga awal bulan 9, kami menanti jawapan dari agent tetapitiada sebarang jawapan dan kami rasa projek semi d ni telah terbengkalai
  4. Alhamdulilah awal bulan 9 kami dikejutkan panggilan dari agent untuk hadir ke pejabat developer untuk menandatangani segala surat perjanjian snp
  5. Kami tidak perlu membayar sebarang deposit semasa menandatangan SNP ini kerana telah mendapat 10% discount bumipurta..
  6. dan lagi menggembirakan kami, Dari maklumat SNP ini kami diberitahu akan mendapat Legal Fees and Stamp Duty untuk SNP secara percuma
  7. SNP juga menyediakan jadual progres rumah yang perlu pihak developer patuhi
  8. Kami juga diterangkan pelan dan layout keseluruhan rumah yang akan kami beli
  9. kami juga diterangakan spesifikasi rumah lengkap yang akan kami dapat
  10. Kami diberi salinan Jadual G (untuk landed house) di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966. salinan ini perlu kami simpan sebagai bukti dan dokumen penting untuk urusan kwsp dan sebagainya
  11. kami hanya diberi DRAF SNP kerana SNP sebenar akan diberi oleh laywer setelah selesai segala urusan 



1/10/2015 - 15/10/2015 (URUSAN LOAN BANK)
  1. Setelah pihak developer menyiapkan Draf SNP, Barulah boleh pihak developer menghantar draf SNP ke pihak bank untuk rujukan detail projek rumah tersebut
  2. kami menanti 2 minggu dengan penuh sabar dan berharap ada bank yang sudi menerima pemohonan pinjaman rumah kami ini..
  3. kami mendapat berita gembira iaitu 1 bank bersedia untuk memberi kami pinjaman perumahan iaitu dari bank rakyat.
  4. bank Rakyat telah menawarkan pakej terbaik, dari segi jumlah pinjaman, interest rate, tempoh bayaran balik, dan mengikut kaedah Islamik
  5.  loan yang diluluskan hanyalah 90% dari harga rumah 
  6. Total harga rumah kami adalah RM 417000 tetapi bank hanya meluluskan sebanyak RM375000 dan pihak developer akan membayar kami rm500 dari baki tersebut
  7. Loan sepatutnya termasuk dengan MRTT - Takaful Insuran untuk cover loan (wajib) tetapi pihak bank memberi suggestion untuk kami memilih MRLTL selepas kami mampu dan tidak perlu masuk loan
  8. kami juga dimaklumkan perlu membayar Insuran kebakaran, kena bayar tahunan (yearly).
  9. kami perlu menandatangani pejanjian pinjaman setelah kami bersetuju segala syarat yang dinyatakan dalam letter offer bank tersebut. 
  10. perjanjian bank setle 15/10/2015


15/10/2015 - 30/10/2015 (URUSAN LAWYER)
  1. Setelah urusan SNP dan Loan bank selesai kami perlu berjumpan lawyer bank untuk menandatangani borang perjanjian yang sangat banyak
  2. lawyer bank ini tidak sama dengan lawyer snp dan kami Mendapat khabar gembira lagi untuk loan legal fees, stam duty juga kami mendapat FREE . Alhamdulilah kami dah jimat lebih dari  rm8000++
  3. Setelah selesai tandatangan segala surat perjanjian SNP bersama peguam.. dan kami dibawa ke perjabat tanah klang untuk memudahkan urusan pengesahan.
  4. Alhamdulilah kami selesai segala urusan SNP. Tarik paling penting adalah tarikh SNP dibuat.. developer wajib menyiapkan rumah semi d kami sebelum 2 tahun dari tarikh SNP
  5. Tarikh SNP rumah Semi D kami = 30 October 2015 maknanya kami akan dapat kunci rumah sebelum 30 october 2017 
  6.  Jika developer lewat menyerahkan kunci. developer perlu membayar denda kelewatan dan jika bank lewat membayar duit kepada developer.. kita sebagai pembeli wajib follow up bank supaya jangan lewat jika tidak kita yang perlu membayar denda atas kelewatan bank tersebut.


 (URUSAN KWSP)
  1. Kami  duit KWSP kami untuk menampung duit deposit rumah sebanyak RM300000 untuk rumah pertama kami iaitu rumah teres.. so untuk rumah semi D ni tidak boleh menggunakan KWSP 
  2. Mujurlah kami dapat segalanya discount dan FREE.. Alhamdulilah syukur pada tuhan
  3. Pengeluaran KWSP dari akaun2, boleh dibuat untuk membeli rumah pertama atau rumah kedua dengan syarat sudah menjual rumah pertama.
  4. Jumlah duit yang boleh dikeluarkan dari akaun2 ialah perbezaan antara harga rumah dengan loan campur 10% dari harga rumah berbanding dengan jumlah simpanan dalam akaun2, dikira mana-mana yang terendah.
  5. Kami plan akan menjual rumah teres tersebut akan akan daftar kembali rumah semi D ini sebagai rumah pertama..
  6. KWSP Juga menawarkan banyaran bulanan untuk rumah tertaluk pada syarat

 (URUSAN DIPOSIT TNB DAN SYABAS)

  1. Awal bulan 2 2017 kami dihendaki membayar RM500 untuk diposit syabas dan tnb.. yang ni wajib bayar setelah rumah siap 100% hanya perlu tunggu terima kunci dan CF kelulusan kemasukan rumah.. tapi prosec dapatkan CF ni memang lama 2 3 bulan gak

(29/3/2017 - PENYERAHAN KUNCI RUMAH DAN CF)

    1. Alhamdulilah tak sampai pon 2 tahun dah dapat kunci rumah
    2. kami perlu membayar RM400 untuk denda kelewatan bank bayar duit pada developer
    3. kami juga perlu membayar RM600 untuk maintenance fee sebab taman baru majlis pembandaran tak masuk kawasan rumah lagi untuk punyut samapah dan mesin rumput
    4. pihak developer mengkontrakkan vandor sementara majlis masuk taman
    5. masa penyerahan kunci ini juga developer akan serahkan borang defect untuk kita claim dan request developer repair segala kerosakan di dalam rumah. Pembeli mempunyai tempoh liability kecacatan (bahasa mudahnya dipanggil tempoh warranty) selama 24 bulan. Dlm tempoh tersebut sebarang kerosakan rumah yg disebabkan oleh mutu ketukangan, atau bahan2 yg digunakan, atau sekiranya kerosakan disebabkan Pemaju tak ikut spesifikasi atau pelan bangunan yg telah diluluskan, maka Pembeli boleh hantar notis aduan secara bertulis kpd Pemaju memaklumkan ttg kerosakan tersebut.
    6. Dan sebaik sahaja menerima notis aduan tersebut, Pemaju dikehendaki memperbaiki segala kerosakan rumah tersebut dlm tempoh masa 30 hari drpd tarikh terima notis aduan. Sekiranya gagal, Pembeli boleh lantik kontraktor atau tukang mereka sendiri untuk membaiki kerosakan tersebut, dgn syarat kontraktor yg dilantik kena bagi satu sebut harga kpd Pemaju ttg kos pembaikan kerosakan tersebut dan bagi peluang sekali lagi kpd Pemaju utk baiki kerosakan tersebut dlm masa 14 hari..sekiranya Pemaju masih tak baiki kerosakan tersebut, maka bolehlah kontraktor yg dilantik itu membaiki kerosakan tersebut dan segala kos pembaikan boleh dituntut drpd wang pertaruhan (retention money) yg dipegang oleh Peguam.


                    TIP UNTUK PROGRESS AKAN DATANG
                    Grill pintu dan tingkat = RM3000.
                      - stainless steel antara paling terbaik tapi mahal.. jangan pilih besi biasa.. sangat tidak qualiti.. kalau nak yang bajet pilih material wrought iron
                    Wiring Electrik = RM3000.
                    Besarkan dapur  = RM30K
                    Cabine Dapur= RM 7K
                    Awning belakang rumah =
                    simen belakang rumah
                    ruang tamu
                    Autogate =
                    bilik anak
                    Landskap taman
                    Mini Kebun =
                    cornice  kat semua siling rumah  



                    2016 - SEKARANG (BAYARAN PROGRESS RUMAH)
                    1. Apabila membuat pinjaman bank untuk membeli unit di dalam pembinaan, bank akan membuat bayaran kepada pemaju secara berfasa. Maka pembeli pun perlu membuat bayaran faedah atas pinjaman itu secara berfasa juga.
                    2. Harus diingat, bayaran yang dibuat hanya untuk bayaran faedah sahaja, bukan prinsipal.
                    3. Kita ambil contoh, katalah harga rumah tu rm200K mula-mula mungkin bayar dalam rm30 sahaja sebab baru kerja-kerja piling dilakukan. Selepas 5 bulan bayaran faedah mungkin naik ke RM 150 sebab struktur asas dah mula dibina. 4 bulan seterusnya mungkin naik RM 300 sebab dinding dah siap.setahun setengah kemudian, bayaran naik rm600 sebab mungkin dah siap pula kerja-kerja wiring dan begitulah seterusnya sehinggalah pembinaan 100% siap
                    4. Progress interes bank
                    5. 3/2016 = RM 73.43
                      4/2016 = RM 416.70
                      5/2016 =
                      6/2016 =
                      7/2016 =
                      8/2016 =
                      9/2016 =
                      10/2016 = RM1030
                      11/2016 = RM1056.78
                      12/2016 = RM788
                      1/2017 = RM 1125
                      2/2017 =
                      3/2017 =
                      4/2017 = 
                       
                       
                      GAMBAR PROGRESS 10/2015 
                    Dari bulan 4/2015 hanya ratakan tanah je.. bulan 10 baru start letak barang dan tanam ceracak

                       



                      GAMBAR PROGRESS 4/2016  
                    Rumah dah 50% siap


                      GAMBAR PROGRESS 8/2016  
                    Rumah dah 70% siap



                      GAMBAR PROGRESS 3/2017  

                    Rumah dah 100% siap, dah dapat kunci

                    PENGALAMAN BELI RUMAH TERES (TIP DAN PANDUAN)

                    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan salam sejahtera,



                    Alhamdulillah, syukur... Memiliki rumah adalah impian setiap orang.. Aku juga mempunyai impian dan rumah idaman seperti yang ku angan2 sejak dari kecil.. kalau di ikut dari angan2 sememangnya rumah idaman mestilah seperti istana, mempunyai banyak bilik dan lengkap dengan pelbagai kemudahan, kolam renang, taman bunga, gym, padang pemainan, temi tasik atau antai.. tapi itu hanya angan2. realitinya jika ingin memiliki rumah seharusnya kita memilih yang sesuai pada baget dan kewangan semasa kita.



                    TIP DAN PANDUAN MEMBELI RUMAH

                    Disini disimpulkan beberapa TIP dan PANDUAN yang harus korang ambik perhatian:
                    1. Ada 10% tunai dari nilai rumah untuk deposit
                      (sesetengah developer memberi discount pembayaran deposit)
                    2. Sediakan tunai 4% dari nilai rumah untuk kos guaman dan duti setem
                      (sesetengah bank menawarkan pinjaman termasuk dalam pinjaman rumah).
                    3. harga Rumah mesti dalam syarat kelayaan gaji bersih korang dan pasangan korang
                    4. Untuk pinjaman sedia ada (pinjaman peribadi, kad kredit), anda dah urus bayaran dengan baik dan tiada kelewatan.
                    5. Jika berkerja tetap, status perkerjaan anda sudah tetap atau melebihi 6 bulan.
                    6. Dokumen untuk permohonan pinjaman dan guaman lengkap.
                    7. Mesti ada sedikit rekod pinjaman dan pembayaran bank
                    8. Korang perlu bijak memilih rumah yang bersesuaian dengan bajet kewangan korang,
                    9. Pastikan status rumah tersebut,Freehold ke Leasthold
                    10. Korang perlu mencari lokasi rumah yang stategik, dekat dengan kemudahan awam, keselamatan, sekolah, berdekatan bandar dan tempat kerja
                    11. Korang perlu menandatangani perjanjian pembelian rumah SnP, Korang dinasihatkan supaya meneliti terma-terma dalam surat tawaran tersebut.
                    12. Pilih Bank yang menawarkan pinjaman yang interest terendah,Pilihlah yang islamik
                    13. Pilih insurance rumah demi keselamatan rumah dan yang dapat mengurangkan beban ketika kita menghadapi ujian melibatkan rumah. pilihlah yang islamik atau takaful
                    14. Korang perlu mencari peguam, Rujuk Peguam Yang Pakar Dalam Menguruskan Urusan Jual Beli Hartanah
                    15. Korang dinasihati sentiasa melihat progress rumah yang sedang dibina, segala masalah boleh terus dirujuk pada developer, peguam dan bank
                    16. Semua surat-surat, salinan-salinan surat dari pemaju, bank atau loyar failkan baik-baik untuk rujukan jika timbul satu-satu masalah kemudian hari.
                    17. Sebagai Orang Islam, adalah wajib untuk para pembeli rumah menggunakan perkhidmatan keawangan Islam (Islamic finance) yang telah disediakan di setiap bank. Ini bagi mengelakkan kita daripada dihinggapi dengan dosa ‘riba’( dosa yang sangat besar di sisi islam) yang terdapat dalam sistem pinjaman konvensional. “Berkatilah rumah idaman anda dengan sumber yang halal lagi barkah



                    PENGALAMAN BELI RUMAH TERES SETINGKAT
                    Kami ingin berkongsi dengan korang pengalaman kami membeli rumah

                    14/09/14 - 27/4/2015 (BOOKING RUMAH )

                    1. Kami mencari rumah idaman kami setelah selesai perkhawinan kami.  kami booking beberapa rumah..  
                    2. mula2 booking rumah double storey di dengkil tetapi projek dibatalkan dan kami mendapat duit booking RM5000 kembali 
                    3. kemudian awal April 2015 kami berjaya booking rumah SEMI D diteluk panglima garang hanya bermodalkan RM500, rumah ini telah menjadi rumah ke2 kami dan juga rumah yang kami pilih untuk didiami. 
                    4. Pada 27/4/2014 kami booking RM500 rumah teres setingkat di rantau panjang, klang yang telah menjadi rumah pertama kami Dapatkan booking slip daripada agen atau pemaju. resit ini penting jika kita ingin membatalkan booking rumah tersebut. 
                    5. Rumah teres ini dibeli kerana rumah Semi D yang kami beli kelihatan seperti projek gagal dan jika semi D tersebut berjalan kami rancang untuk menyewakan sahaja rumah teres ini..



                    28/4/2015 - 5/5/2015 (LENGKAPKAN BORANG PERMOHONAN)
                    1. Pihak developer iaitu HASIL MENANG SDN BHD telah melantik S Sejati Property Consulting untuk menguruskan segala urusan melibatkan pembelian rumah teres ini. 
                    2. ssejati akan mewakili pihak developer untuk pengurusan mencari Loan bank dan lawyer, 
                    3. maknanya kami tidak perlu mencari bank dan lawyer hanya perlu menyediakan beberapa dokumen penting untuk memudahkan urusan bank dan lawyer. 
                    4. Dokemen yang diperlukan ialah
                      • Slip gaji 3 bulan
                      • penyata terbaru kwsp
                      • bank statement
                      • ic
                      • Pengesahan jawatan dari majikan


                    5/5/2015 - 10/6/2015 (URUSAN SNP)
                    1. Setelah penyerahan dokumen pada ssejati, pihak developer perlu menyiapkan Perjanjian Jual Beli atau Sales And Purchase Agreement (SNP) untuk kergunaan dan rujukan pihak bank dan lawyer
                    2. Proses penyediaan perjanjian ini memerlukan tempoh yang agar lama kerana memerlukan maklumat detail projek perumahan tersebut
                    3. Kami perlu membayar RM500 baki deposit semasa menandatangan SNP ini
                    4. Dari maklumat SNP ini kami diberitahu akan mendapat Legal Fees and Stamp Duty untuk SNP secara percuma
                    5. SNP juga menyediakan jadual progres rumah yang perlu pihak developer patuhi
                    6. Kami juga diterangkan pelan dan layout keseluruhan rumah yang akan kami beli
                    7. kami juga diterangakan spesifikasi rumah lengkap yang akan kami dapat
                    8. Kami diberi salinan Jadual G (untuk landed house) di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966. salinan ini perlu kami simpan sebagai bukti dan dokumen penting untuk urusan kwsp dan sebagainya



                    21/5/2015 - 3/6/2015 (URUSAN LOAN BANK)
                    1. Setelah pihak developer menyiapkan SNP, Barulah boleh kita hantan copy SNP ke pihak bank untuk rujukan detail projek rumah tersebut
                    2. kami menanti 2 minggu dengan penuh sabar dan berharap ada bank yang sudi menerima pemohonan pinjaman rumah kami ini..
                    3. kami mendapat berita gembira iaitu 2 bank bersedia untuk memberi kami pinjaman perumahan iaitu dari maybank islam dan bank muamalat..
                    4. setelah berdoa dan berbincang . kami menyenaraikan pro dan konta antara bank2 ini dan kami memilih untuk membuat pinjaman dari maybank islam setelah melihat tawaran yang lebih menguntungkan kami. 
                    5. Kami pilih bank yang menawarkan pakej terbaik, dari segi jumlah pinjaman, interest rate, tempoh bayaran balik, dan mengikut kaedah Islamik
                    6.  loan yang diluluskan hanyalah 90% dari harga rumah 
                    7. Loan kami juga termasuk dengan MRTT - Takaful Insuran untuk cover loan (wajib) 
                    8. kami juga dimaklumkan perlu membayar Insuran kebakaran, kena bayar tahunan (yearly).
                    9. kami perlu menandatangani pejanjian pinjaman setelah kami bersetuju segala syarat yang dinyatakan dalam letter offer bank tersebut.


                    30/6/2015 - 7/7/2015 (URUSAN LAWYER)
                    1. Setelah urusan SNP dan Loan bank selesai kami perlu berjumpan lawyer bank untuk menandatangani borang perjanjian yang sangat banyak
                    2. lawyer bank ini tidak sama dengan lawyer snp dan kami perlu membayar legal fee iaitu sebanyak rm6000++
                    3. setelah perbincangan dengan pihak bank kami bersetuju untuk memasukkan legal fee ini kedalam pinjaman perumahan
                    4. setelah berurusan dengan pihak lawyer kami mendapat discount 30% dari harga legal fee
                    5. discount legal fee 30% ini tidaklah kami dapat secara cash tetapi dipontong ke dalam jumlah keseluruhan pinjaman rumah kami


                    1/7/2015 - 9/7/2015 (URUSAN KWSP)
                    1. Kami terpaksa mengeluarkan duit KWSP kami untuk menampung duit deposit rumah sebanyak RM300000
                    2. Pengeluaran KWSP dari akaun2, boleh dibuat untuk membeli rumah pertama atau rumah kedua dengan syarat sudah menjual rumah pertama.
                    3. Jumlah duit yang boleh dikeluarkan dari akaun2 ialah perbezaan antara harga rumah dengan loan campur 10% dari harga rumah berbanding dengan jumlah simpanan dalam akaun2, dikira mana-mana yang terendah.



                    10/7/2015 (DOWNPAYMENT)
                    Setelah kami membayar booking fees, developer mengarahkan kami membayar downpayment sebanyak 10% dari harga jualan rumah iaitu RM30,000.00


                    OCT 2015 - SEKARANG (BAYARAN PROGRESS RUMAH)
                    1. Apabila membuat pinjaman bank untuk membeli unit di dalam pembinaan, bank akan membuat bayaran kepada pemaju secara berfasa. Maka pembeli pun perlu membuat bayaran faedah atas pinjaman itu secara berfasa juga.
                    2. Harus diingat, bayaran yang dibuat hanya untuk bayaran faedah sahaja, bukan prinsipal.
                    3. Kita ambil contoh, katalah harga rumah tu rm200K mula-mula mungkin bayar dalam rm30 sahaja sebab baru kerja-kerja piling dilakukan. Selepas 5 bulan bayaran faedah mungkin naik ke RM 150 sebab struktur asas dah mula dibina. 4 bulan seterusnya mungkin naik RM 300 sebab dinding dah siap.setahun setengah kemudian, bayaran naik rm600 sebab mungkin dah siap pula kerja-kerja wiring dan begitulah seterusnya sehinggalah pembinaan 100% siap
                    4. Progress interes bank
                    5. OCT 2015 = RM330
                      NOV 2015= RM340



                    JULAI 2015 - SEKARANG (PROGRESS RUMAH)
                    SEPTEMBAR 2015 - The foundation of the said building = 20%
                    OCTOBER 2015 - The structural framework of the said building = 35%
                    NOVEMBAR 2015 - the walls of the said building with door and window frame = 45%
                    DECEMBER 2015 - The roofing, electrical wiring, plumbing, gas piping, and cabling = 55%
                    JANUARY 2016 - The internal and external finishes including wall finishes = 65%
                    FEBRUARY 2016 - The sewerage work serving = 70%
                    MARCH 2016 - The drains serving = 75%
                    APRIL 2016 - The road serving = 80%
                    MAY 2016 - Water and electricity suply ready for connection = 92.5%
                    JUNE 2016 - MOT = 95%
                    JULY 2016




                    MAY 2015 (GAMBAR PROGRESS RUMAH)





                    OGOS 2015 (GAMBAR PROGRESS RUMAH)







                    TIP UNTUK PROGRESS AKAN DATANG
                      1. Pemaju hendaklah menyiapkan rumah dan menyerahkan milikan kosong rumah tersebut kpd Pembeli dalam masa 24 bulan daripada tarikh SNP. Tarikh SNP tidak semestinya sama dgn tarikh pembeli t.tgn SNP ya..ia mungkin lewat sedikit drpd tarikh t.tgn SNP..biasanya tarikh SNP adalah tarikh dimana SNP tersebut dimati setem.

                      2. Sekiranya Pemaju gagal menyiapkan dan menyerahkan milikan kosong rumah tersebut kpd Pembeli dlm tempoh 24 bulan dari tarikh SNP tersebut, Pemaju dikehendaki membayar gantirugi kelewatan kpd Pembeli pada kadar sepuluh peratus (10%) setahun daripada harga beli bermula dari tarikh sepatutnya penyerahan pemilikan kosong dibuat hingga tarikh sebenar Pembeli mengambil pemilikan kosong rumah tersebut. Dan bayaran gantirugi tersebut hendaklah dijelaskan oleh Pemaju kpd Pembeli pada masa penyerahan milikan kosong rumah tersebut dibuat.

                      Perkara ini mungkin ramai yg terlepas pandang, dimana kebanyakan Pembeli tidak tahu pun mereka layak dibayar gantirugi kelewatan siap rumah oleh Pemaju. Bagi mereka yg tahu hak mereka pun biasanya tidak bertanyakan ttg bayaran gantirugi tersebut pada masa serahan milikan ksong dibuat sedangkan SNP jelas menyatakan yg Pemaju kena bayar bayaran denda lewat tersebut pd masa serahan milikan kosong dibuat, bukannya menunggu sehingga pembeli memfailkan tuntutan di Tribunal Pembeli rumah misalnya.

                      3. Harus diingat, maksud serahan milikan kosong di atas itu tidak sama dgn serahan kunci rumah, ..di sini ramai orang komfius dan silap faham..So, kalau begitu apakah perbezaan di antara serahan milikan kosong dgn serahan kunci?Dengar sini baik2 apa yg sy akan terangkan.

                      Serahan kunci beerti pemaju hanya menyerahkan kunci rumah sahaja kpd pembeli sedangkan serahan milikan kosong membawa maksud Pemaju menyerahkan kunci rumah bersekali dengan hak untuk mendiami rumah tersebut. Jadi, kunci rumah mungkin boleh diserah oleh pemaju kpd pembeli pada bila2 masa dgn syarat rumah tersebut tlh dipasang pintunya, he..he..,

                      tetapi milikan kosong hanya diserahkan selepas rumah tersebut siap dibina dgn sempurna, dan setelah mendapat pengesahan drpd Arkitek yg rumah tersebut telah siap dibina dgn sempurna, disamping Pemaju atau wakil pemaju telah memohon untuk pengeluaran CFO (sekarang dipanggil CCC). Ertinya, kalau setakat serah kunci tp pembeli masih tak boleh nak duduk rumah tersebut kerana belum dapat CFO, maka itu bukanlah penyerahan milikan kosong sebenar sbgaiman yg disyaratkan dlm SNP.

                      4. Selepas milikan kosong diserahkan kpd Pembeli, Pembeli mempunyai tempoh liability kecacatan (bahasa mudahnya dipanggil tempoh warranty) selama 24 bulan. Dlm tempoh tersebut sebarang kerosakan rumah yg disebabkan oleh mutu ketukangan, atau bahan2 yg digunakan, atau sekiranya kerosakan disebabkan Pemaju tak ikut spesifikasi atau pelan bangunan yg telah diluluskan, maka Pembeli boleh hantar notis aduan secara bertulis kpd Pemaju memaklumkan ttg kerosakan tersebut.

                      Dan sebaik sahaja menerima notis aduan tersebut, Pemaju dikehendaki memperbaiki segala kerosakan rumah tersebut dlm tempoh masa 30 hari drpd tarikh terima notis aduan. Sekiranya gagal, Pembeli boleh lantik kontraktor atau tukang mereka sendiri untuk membaiki kerosakan tersebut, dgn syarat kontraktor yg dilantik kena bagi satu sebut harga kpd Pemaju ttg kos pembaikan kerosakan tersebut dan bagi peluang sekali lagi kpd Pemaju utk baiki kerosakan tersebut dlm masa 14 hari..sekiranya Pemaju masih tak baiki kerosakan tersebut, maka bolehlah kontraktor yg dilantik itu membaiki kerosakan tersebut dan segala kos pembaikan boleh dituntut drpd wang pertaruhan (retention money) yg dipegang oleh Peguam.

                      5. Satu perkara yg anda harus tahu, dlm SNP standard ini, tiada Klausa yg membolehkan Pembeli menamatkan perjanjian jual beli akibat kelewatan Pemaju menyiapkan rumah atau keingkaran Pemaju mematuhi syarat2 atau terma2 dlm SNP dan sebagainya , tetapi sebaliknya di pihak Pemaju mereka boleh membatalkan perjanjian jual beli sekiranya pembeli gagal membayar harga jual beli dalam tempoh masa yang ditetapkan.

                      Ertinya, kalau Pemaju lewat siap rumah atau gagal mematuhi syarat2 yg ditetapkan dlm SNP Pembeli tidak boleh membatalkan perjanjian tersebut, tetapi mereka boleh menuntut gantirugi drpd Pemaju sebagaimana yg saya nyatakan di atas, itupun setelah rumah tersebut siap dibina sepenuhnya dan milikan kosong telah diserahkan kpd Pembeli.

                      Jadi, bagaimana pula keadaannya kalau rumah tersebut tak siap2 atau terbengkalai terus?? Apakah hak Pembeli?? Setakat ini sebenarnya masih terdapat kelompongan (loopholes) yg nyata dlm SNP ttg perkara tersebut, bahkan dalam Akta Pemajuan Perumahan itu sendiri masih tidak jelas ttg apakah hak2 pembeli sekiranya sesuatu projek perumahan itu terbengkalai..

                      Setahu saya, setakat ini masih belum ada jln penyelesaian yg jelas ttg isu ini. Sy pun tak pasti bagaimana kerajaan melihat isu ini dan bilakah satu klausa yg khusus akan dimasukkan kedalam standard SNP tersebut utk memberikan hak kpd Pembeli untuk menamatkan perjanjian sekiranya di dapati Pemaju ingkar..kerana isu ini melibatkan soal politik jua..Inilah sebenarnya yg harus diketahui oleh Pembeli2 rumah sekalian…

                      Tetapi sebaliknya, jika Pembeli pula yang ingkar utk menjelaskan bayaran harga jual beli dlm tempoh masa yg ditetapkan, Pemaju berhak untuk menamatkan SNP tersebut. Kesan penamatan tersebut adalah, pemaju boleh melucutkan (forfeit) 10% daripada harga jual beli yg telah dijelaskan oleh Pembeli dan bakinya (sekiranya ada) hendaklah dikembalikan kepada pembeli. Anda mungkin merasakan ini tidak adil bukan?? Tetapi sedarkah anda itulah reality sebenar agreement jual beli rumah yg anda t.tgn selama ini..He..he..he..

                      6. Selain drpd Pemaju boleh membatalkan perjanjian sekiranya Pembeli lewat menjelaskan bayaran harga jual beli, Pemaju juga boleh mengenakan faedah lewat bayar sebanyak 10% setahun, (dikira dari hari kehari) kpd Pembeli, sekiranya bayarn tuntutan progress gagal dijelaskan oleh Pembeli/ Bank kpd Pemaju dlm tempoh masa 21 hari bekerja drpd tarikh notis tuntutan pembayaran diterima..

                      Ertinya, kalau sekiranya Pembeli lewat bayar harga jual beli disebabkan bank pembeli yg lewat buat bayaran misalnya, maka Pembeli boleh dikenakan faedah lewat bayar oleh Pemaju..melainkan kelewatan tersebut disebabkan oleh kecuaian Pemaju sendiri spt dokumen utk tuntutan bayaran progress tidak lengkap dan sebagainya. Maka nasihat sy dlm keadaan ini, elok juga pembeli dpt follow up juga dgn bank supaya dibuat byrn tuntutan dlm tempoh 21 hari bekerja, kerana jika bank anda lewat buat bayaran, anda yg akan dikenakan charge interest oleh pemaju..

                      7. Pemaju hendaklah membuat pindah milik rumah tersebut kepada pembeli sebaik sahaja pembeli telah menjelaskan keseluruhan harga jual beli. Ini bagi kes pembeli yg bayar secara cash. Adapun bagi Pembeli yg bayar secara pinjaman, Surat Akujanji atau Surat Kelulusan Pinjaman yang dikeluarkan oleh Bank/ Pembiaya boleh dijadikan sandaran untuk Pemaju membuat p.milik rumah tersebut kpd Pembeli, walaupun keseluruhan jumlah pinjaman tersebut masih belum dijelaskan sepenuhnya oleh Pembeli..ini kerana secara praktikalnya, bank/ pembiaya tidak akan melepaskan pinjaman tersebut kpd Pemaju selagi mana rumah tersebut belum digadaikan kpd bank/ pembiaya. Untuk membolehkan gadaian didaftarkan, pindah milik harus dibuat terlebih dahulu.