• This is Slide 1 Title

    This is slide 1 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 2 Title

    This is slide 2 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 3 Title

    This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

KERETA NISSAN ALMERA - BERCINTA DENGAN KERETA



Aku sudah jatuh cinta dengan kereta nissan almera VL impul. Tak kan aku seorang je yang jatuh cinta.. mai sini baca review aku yang boleh mengubah perasaan korang terhadap nissan almera ni.. mai sesama kita jatuh cinta dan sesama kita bermadu dengan beli kereta ni hihihi.. Banyak kali terserampak di jalan raya.. peh memang menimnbulkan perasaan jelez yang teramat kepada pemandu kereta tersebut.. nampak pemandu tu lebih kacak dan cantik macam dewa dewi berterbangan di atas langit.. cun giler tapi type VL IMPUL la.

aku dah tanya ramai kawan kawan dan diorang bagi pendapat yang tak konsistent semua kutuk part design bontot kereta dan donot di dashboard kereta.. korang salah besar disitu.. kalau bontot tu di tambah body IMPUL kompem nampak seksi meletop habak hang.. yang tengah tengah dashboard tu bukan donot taw tapi tu la part paling canggih diambil dari iron man.. jantung electronik iron man huh.. cunnnn..

Jangan di tanya kenapa tak pilih honda atau toyota.. aku nak ambik kereta yang FULL spec tapi murah.. kalau honda dan toyota yang full spec memang MAHAL tak sanggup nak bayar bulanan. kenapa tak pilih proton atau produa?? proton dan produa kereta yang sangat hebat tapi dah terlampau banyak sangat atas jalan raya.. nissan ni kurang sikit so nampak la sikit kelainan. bab spec lebih kurang jer tapi bab harga memang nissan lagi mahal sikit la..

Aku dah jatuh cinta dengan nissan almera vl impul ni sejak mula mula dikeluarkan tapi Masalah sekarang kerajaan tak turunkan lagi harga kereta.. so baget dah lari sikit.. plan nak bayar bulanan rm800 je tapi disebabkan harga tak turun terpaksa tunggu niat nak beli untuk kumpul duit tambahkan downpament kereta sampai bulanan jadi RM800. bayar downpament lebih sikit.

Terbaru ni ada design baru dari nismo pulak.. wow.. lebih seksi lebih hot, lebih meletop.. konpem ada yang dah terbeli nissan almera impul akan terasa rugi kerana tidak menunggu sedikit kerana design bodykit nismo ni banyak kelainan yang mungkin ada yang lebih menyukai design nismo.. kalau diikuti dari gambar gambar di internet aku memang rasa design nismo ni lagi cunnn, so kena tunggu design nismo ni keluar dulu la


29 JUNE 2013 - BOOKING KERETA
 Bulan mei dan bulan jun pihak Nissan telah membuat promosi rebate RM3000. So di mudah.com banyak la iklan dari agen nissan mempromosikan almera bersama free gift mengikut kadar rm3000 tersebut.. lain agen lain pulak free gift mereka. aku tertarik melihat iklan yang dikeluarkan oleh agen show room nissan di damansara dan aku bertekad untuk booking dengan membayar RM100. aku memilih untuk ambik full loan tanpa diposit selama 9 tahun
PROMOSI HADIAH @ FREE GIFT PILIHAN 
- VL Spec Auto

- 6'inch Multimedia Touch Screen, Navigation, DVD Player With Reverse Camera (RM2800)
- Safety tinted
- Impul Aerokit (RM3000) 
- Trunk Tray (RM180)
- 1/2 tank petrol
- Steering lock
- LED Wing mirror signal light (RM300)

IMPIAN KALAU ADA DUIT LEBIH 
Sekarang tinggal lagi beberapa accessory sahaja yang tak lengkap
1) LED stainless steel kicking plate (RM280)
2) Door Visor (RM240)
3) Sport pedal (RM150)
3) Tinted Solar gard Armorcoat (RM1400)
4) Combination Leather Seat and Door Panel (RM1800)
5) Touch n Go dan Smart Tag
6) IMPUL Blast 2 Exhaust Muffler (RM1800)
7)  Impul Super Shock Suspension System (RM2800)
8) IMPULS TYRE 17 inch SX10 (RM1800)
9) Impul front grille  (RM800)
10) Chrome lower grill  (RM130)
11) fog lamp LED chrome cover (RM50)
12) Chrome Door Body Linning (RM150)
13) Chrome Door Handle Panel outside (RM120)
 


10 JULAI / 1RAMADHAN - SETTLE PINJAMAN BANK
 Bermula bulan suci ramadhan 2013 aku berjaya juga mendapatkan bank yang sudi memberi pinjaman RM80000,. Aku nak buat pinjaman Full loan tanpa bayar downpayment. dalam masa 1 minggu sebelum ni aku mendapat panggilan telefon pelbagai bank untuk interview sebelum beri pinjaman. Kebanyakan bank terkejut kerana aku baru hampir 2tahun berkerja tapi mahu pinjam RM80000. Mengikut syaratnya gaji bersih setelah potong segala benda mestilah melebihi RM2500 tapi gaji bersih aku kurang dari RM2500 kerana aku banyak membuat potongan gaji masuk ke pelaburan ASB (RM100000), Tabung Haji, zakat, kwsp, sokso, dan insurance  takaful. disebabkan aku banyak komitmen so pihak bank perlukan grento tetapi semasa maybank call aku aku terpaksa menerangkan kepada mereka konsep dan tektik pelaburan yang aku amalkan. pihak Maybank sangat teruja mendengar terus bersetuju untuk meluluskan pinjaman RM80000 tanpa perlu grento dan mendapat interest pinjaman yang rendah sebanyak 2.47 tapi bulanan perlu dibayar RM906. aku perlu ke maybank jalan klang lama untuk mengisi agreement pinjaman tersebut 


21 JULAI 2013 /  12 RAMADAN 1434 H - TERIMA KERETA
Hari yang bersejarah.. Hari aku ambik kereta Almera VL Gold aku.. Perasaan teruja yang tersangat sangat.. tak sabar rasanya untuk membawa pulang kereta tersebut.. aku terus pergi ke show room di Damansara untuk mengambil kereta aku dan terus membawa family aku balik kampung di sekinchan.. Hari pertama dapat kereta dah bawa jauh terus balik kampung. apa apa pon aku dapat katakan yang aku sangat puas hari dengan keadaan kereta aku ini.. Aku mengambil no plate selangor " BMF **** " kerana no plate wilayah WYQ sudah hampir bertukar menjadi W1A terasa no wilayah tersebut akan kelihatan no lama selepas no itu bertukar W1A. Yang penting semua family aku berpuas hati ^_^


12 OGOS 12 / 5 SYAWAL 1434 H - 1ST SERVIS
Syarat sah sebagai pengguna kereta baharu ialah menghantar kereta anda ke pusat servis dan maintenance setelah kereta melebihi 1000km. Aku dapat kereta sebelum raya, so masa raya kereta ni memang full time bergerakkeliling kampung.. Alhamdulilah rata rata orang yang melihat kereta almera aku ini memuji. sedar tak sedar aku sudah bergerak sejauh 1734km dah jatuh wajib servis kereta. aku pergi 2 tempat Nissan service center area puchong tanpa membuat sebarang appointment. kedua dua menawarkan harga yang berbeza iaitu RM109 dan lagi satu harga RM90. Aku memilih TCEAS Puchong Jaya kerana lebih selesa, kurang kereta tapi susah parking, makanan dan air disediakan.. untuk information nissan menawarkan FREE labour servis untuk 1000km dan 5000km maintenance service.



SERVICE  KERETA ALMERA

Nissan Almera (N17) - Est Service Charge

Service Guide

• This guide is at minimal service recommendation but still to ensure your car at optimum condition and without break SC warranty
• This guide to help you after warranty expiry and service outside SC.
• Depend on your environment and how u drive
• Just add A with the each your KM required. Eg: A+B or A+B+C or A+D

A. Basic (5K, 7K or 10K) - RM 150-220
1. Engine Oil (5w-30/10w-35/5w-40) *
2. Oil Filter *
3. Tyre Pressure

B. Every 20K (max Every 40K) - RM xxx
1. ATF Oil (AT Only) *
2. Injector Cleaner
3. Throttle Body Cleaner
4. Evaporator Cleaner
5. Cabin Filter *

C. Every 40K (max every 80K)
1. Air Filter *
2. Brake Service
3. Radiator Coolant *

D. Every 50K (max every 60K)
1. Aircond Service (if under warranty only)
2. Radiator Coolant (if do aircond service)

E. Every 80K to 100K
1. Spark Plug
2. Drive-Belt
3. Gear Oil (MT Only)

F. Every 120K
1. Air-Cond Service (clean condensor and cooling coil, topup gas and oil)

G. Every 160-180K (Check or change for Preventive Maintenance)
1. Water Pump (Radiator Coolant)
2. Petrol Pump
3. Ignition Coil
4. Injector
5. O2 Sensor
6. Drive-Belt Tensioner
7. Engine Mounting
8. Front Lower Arm
9. Absorber Link
10. Absorber
11. Steering Service

*Price List (Average)*
1. Engine Oil (0w-20/5w-30) - RM 130
2. Oil Filter - RM 15-30
3. Spark Plug - RM 200
4. Plug Coil - RM 159/pcs
5. Injector Cleaner - RM 25-30
6. Drive Belt - RM 60-90
7. Coolant - RM 15-20
8. Water Pump - RM 260
9. Petrol Pump - RM ??
10. Batery NS60 - RM 210
11. Fan Motor - RM 260 - 290
12. Aircond Full Service - RM 480-650
13. Aircond Cabin Filter - RM 40
14. Evaporator Cleaner - RM 60
15. Steering Service - RM 180
16. Brake Pad - RM 180
17. Brake Fluid - RM 20
18. Brake Caliper Pin = RM 80/set
19. Chamber Screw/Nut - RM 30
20. Absorber Link - RM 1xx
21. Absorber Mounting - RM xx/pc
22. Stabilizer Bush - RM 25/pc
23. Wheel Bearing - RM 180/pc
24. Lower Arm Front - RM 320/pc
25. Power Steering Rack - RM 1080
26. Air Flow Sensor = RM 636
27. O2 Sensor = RM 339
29. Knock Sensor = RM 169
30. Valve Seal = RM 203
31. Valve Cover Gasket = RM 43
32. Intake Manifold Gasket = RM 170
33. Throttlebody Gasket = RM 45

*Remark:*
1. Price shown might are estimation only
2. ATF every 20K, Manual every 60K
3. Drive-Belt between 40-80K. Check every 10K
4. Spark Plug between 80-100K
5. Flush engine for each 160K
7. Clean oil sump every 80K
8. Coolant for first 80K then each 40K
9. Injector Cleaner for each 20K, can replace with to use RM40 on empty tank with Vpower or Ron100 ... once a month.
10. Fuel up full tank with techron 97 once  a month.
10. Change rear brake pad every 2nd time change front brake pad.

#GGAM
















1001 KELEBIHAN KERETA NISSAN ALMERA VL IMPUL
  1. ALMERA juga memiliki ciri-ciri, teknologi dan keluasan mengagumkan yang lazimnya hanya ditemui pada kenderaan-kenderaan lebih premium.
  2.  Nissan ALMERA turut menawarkan penggunaan minyak yang ekonomikal. Penyelenggaraan berjeda sejauh 10,000km,
  3. Alat ganti mampu milik dan senang diperoleh
  4. dikuasakan oleh enjin HR15DE empat silinder terkini Nissan bersesaran 1.5 liter yang menampilkan ciri Continuously Variable-valve Timing Control (CVTC).
  5. Enjin itu menawarkan penjimatan minyak mengagumkan iaitu 14.9km/l untuk transmisi automatik dan 15.9km/l bagi transmisi manual
  6. menampilkan pelbagai ciri keselamatan seperti beg udara, Anti-lock Braking System (ABS) dengan Electronic Brake-force Distribution (EBD) dan Brake Assist, di samping sistem tempat duduk kanak-kanak ISOFIX.
  7. Max. Power : 102 ps Max. Torque : 139 Nm Combined
  8. merupakan sedan global terlaris Nissan.
  9. Almera juga terbukti popular apabila mencatat carian tertinggi dalam senarai automotif Google untuk tahun 2012.
  10. Saiz dalaman Almera memang besar melalui teknik memaksimumkan ruang. Ruang kaki penumpang belakang luas, begitu juga dengan bonet.
  11. Dari segi pemanduan, Almera sememangnya ditala untuk negara membangun dengan keadaan jalan yang tidak sempurna. Almera menyerap hentak lopak jalan dengan baik. Pada kelajuan sederhana di atas lebuh raya, kereta terasa stabil
  12. Sewaktu memandu, enjin Almera sememangnya senyap dan lancar.
  13. Guna teknologi terkini keyless future, sportrim, dual air bag dan automatic tempreture untuk aircond.
  14. Guna  Multimedia navigation console - yang ada reverse camera, DVD player, iPod connectivity, USB dan Bluetooth connectivity
  15.  So far, RM70 boleh jalan kira-kira 550km to 580km (30% dalam bandar / 70% highway)
  16. monthly RM499 utk 1st 2 years,
  17. Guna tayar rim 17.. stabil x buai... kone selekoh selambe je.
  18. minyak pada awalnya mmg agak tinggi penggunaan tp lps service pertama 1k mileage  bertambah baik
  19. tak larat nak senaraikan sangat banyak kelebihan.. korang beli, pakai baru tahu
  20.  Fuel Economy : 14.9 Km/L* FULL TANK 41 LITER/RM78.00 = 0.13 CENTS/KM
  21. Full tank - minyak full tank paparan kat meter boleh bergerak sejauh 550km full tank tapi kalau sejauh 350km je maknanya kena hantar services
  22. Menggunakan  timing chain =Maintenance.cheap. perlu diketatkan semasa services tapi tak perlu takut kereta breakdown@overhaul  (timing belt putus)
  23.  Dengan tahap penyerapan tenaga yang tinggi, tahap NVH  (noise, vibration, and harshness) adalah rendah, tetapi yang lebih penting, perlindungan penumpang dapat ditingkatkan. mmg superb +++
  24. suspension moderate sebab kereta ini amat ringan dengan keberatan hanya 1 tonne yang disebabkan oleh teknologi engine aluminium dan chasis yang terkini.
  25. Steering handling agak ringan sebab dia guna EPS..so drive dkt dalam bandar atau parking mmg superb..effortless.
  26. kalau berlaku pelanggaran kecik, kereta tidak mudah kemek dan cat susah nak tanggal.. tidak perlu hantar bengkel hanya perlu polish sikit hilangkan kesan calar
  27. Jangan compare dengan kereta proton suprima s kerana berlainan segment dan perlu di ingat kereta almera terdapat banyak kelebihan berbanding proton suprima dan juga suprima juga terdapat beberapa kelebihan yang mengatasi almera.. so win win situation 50-50 
  28.  Legroom pula mmg teramat superb LUAS jauh mengalahkan kereta lain yang sama kelas dengannya.

WEBSITE RUJUKAN
1) http://nissanalmerainfo.blogspot.com/
2) http://www.nissan.com.my/
3) Mudah.com

KENAPA PATUT BELI KERETA NISSAN ALMERA VL IMPUL














    DESIGN BODYKIT ALMERA IMPUL







    NISSAN ALMERA NISMO PERFORMANCE PACKAGE CONCEPT
    Model Nissan Almera Nismo Performance Package Concept diinspirasikan oleh teknologi-teknologi sukan bermotor Nismo. Ia menampilkan reka bentuk aerodinamik yang dioptimumkan secara khusus untuk Almera. Di samping karekter pengendalian yang telah dipertingkatkan dan lincah untuk pengalaman pemanduan lebih dinamik.

    Ciri menarik pada bahagian luaran Nissan Almera Nismo Performance Package Concept ialah bampar hadapan dan belakang, skirt sisi, spoiler belakang serta rim aloi bersaiz 17 inci. Semua komponen ini dibangun menggunakan teknologi perlumbaan Nismo yang sudah terbukti. Suspensi sports menawarkan pengendalian yang selesa dan stabil. Sementara peredam ekzos Nismo (Nismo Exhaust Muffler) pula memberikan bunyi yang lebih sporty.