Din Beramboi ( Al- Fatihah)

kita mulakan dengan Al-Fatihah.... kita sedekahkan surah Al-Fatihah ini kepada Allahyarham Din beramboi yang baru sahaja meninggalkan kita buat selamanya.. yang pergi tetap pergi dan tidak akan kembali lagi. Yang hidup teruskan kehidupan dengan tabah. Hari ini kita masih hidup dan sihat, dapat membaca, dapat menulis, dapat melihat, dapat makan tapi esok lusa belum tentu kita masih sihat?? kematian tidak mengenal usia.. bab kata Mamu Raja Lawak
" Kurangkan tabiat, banyakkan ibadat, insyaAllah pahala mesti mari.. "

Din Beramboi meninggal (BERITA HARIAN)

Atas permintaan keluarga, doktor masih mengekalkan mesin sokongan hayat sehinggalah ia dihentikan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang di sini.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Isnin lalu selepas menghidap demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan kritikal serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menerima rawatan.

Ketika dimasukkan ICU Allahyarham menggunakan sepenuhnya alat bantuan pernafasan. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18.

Jenazah dijangka dibawa ke kediamannya di Taman Ehsan, Kepong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ihsan Kepong sebelum solat Jumaat.
Allahyarham berasal dari Sungai Besi dis ini, dan mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Akhbar sebelum ini melaporkan, pelawak dan pelakon terkenal itu menerima rawatan di HS akibat demam denggi berdarah, bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang didakwa pelbagai pihak
SUMBER : http://www.bharian.com.my/articles/DinBeramboimeninggal/Article


Drama Sebabak & Sawancara



Aznil dan Din Beramboi ditugaskan mengenalikan Riuh Pagi Era sejak lebih setahun lalu. Mereka ke udara setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi dan cukup terkenal dalam slot Drama Sebabak. ni adalah rancangan yang membuat pak din jadi makin popular.. Tiada Din beramboi dah tak riuh la era.. sekmen riuh pagi era kena la tukar nama.Din Beramboi dalam segmen Drama Sebabak dan terbaru Sawan Cara. Dia pernah membawa pelbagai karakter seperti tok mudim, perunding perkahwinan dan guru bahasa Inggeris. watak watak lawak yang dibawah oleh din beramboi menjadi kenangan kita bersama..



Wuhai Din Beramboi
Sinopsis Wuhai Beramboi :


Rancangan ni mula siarkan pada 23 Februari, Setiap Selasa, 9.30 Malam. Di saluran Astro Warna. boleh tahan la lawak.. Din Beramboi lebih sesuai kalau buat lawak spontan.


RAJA LAWAK 4

Dia juri program realiti Raja Lawak 4 (RL4) bersama Afdlin Shauki dan Bob Lokman yang baru berakhir sebelum Akademi Fantasia 8 (AF8) bermula.


tweet Din Beramboi,


Sesape nk ganti aku tahun depan.. Dah x larat lagi nk buat klakar sbb dah berumur. Nak beribadah pula rasanya.. - 6 mac 2010

Tak ramai yg dpt bertahan apabila di uji dgn kemewahan & ksenangan Yakni, kekayaan juga sebahagian ujian menuju kehancuran.. Hati2! – 13 Mac 2010

Tanda2 ajal mula2 bahgian kaki berasa kebas2 kemudian bransur2 ke bhgian atas hingga ke nafas dan kluar selamanya.. Aku insaf! – 14 Mac 2010

Renung renungkan dan selamat beramal.
http://twitter.com/TheRealBeramboi


FACEBOOK DIN BERAMBOI

Page memperingati Allahyarham Mior Ahmad Fuad/Din Beramboi.
(22 disember 1966 - 2 april 2010)

Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau agar rohnya tenang di sisi Allah S.W.

http://www.facebook.com/pages/Din-Beramboi/145391111701



Pergi Tak Kembali

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata


Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya


Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana


Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim


Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi


Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi