TIP – TIP MUDAH MEMBUAT PROJEK PSM



Asalamualaikum…
minggu ini adalah minggu terakhir untuk berjumpa supervisor untuk Projek PSM. Aku boleh jadi gila hanya kerana PSM. Kesukaran dan kesusahannya hanya tuhan saja yang tahu. PSM ialah Project Sarjana Muda. Minggu depan adalah minggu presentation PSM. Ikut nasib dan rezeki seseorang la, ada pelajar yang bernasib baik akan dapat tajuk PSM yang mudah dan dapat supervisor yang baik hati atau dapat panel presentation PSM yang pemurah bagi markah.



APAKAH MAKSUD PSM?

Hari ini aku tak bercerita pasal movie atau drama tapi aku hanya mahu berkongsi sedikit tip untuk PSM. Rakan aku dalam facebook telah menyenaraikan maksud tersirat untuk PSM bagi pandangan beberapa pelajar. Antara jawapan yang diberi ialah
1) Pikir Sampai Mual
2) Paling Saya Malas
3) Pelajar Suka Membaca
4) Perdulikan Semua Masalah
5) Pelajar Selalu Menangis
6) Project Sampai Mati
7) Puas Saya Mencuba
8) Project Setiap Malam
9) Paling Susah Maaa..
10) Perlu Selalu Membaca
11) Paling Saya Menyampah
12) Pikiran Sudah Mental
13) Perlu Sabar Manyak2x
14) Pening Sampai Muntah
15) Project Sakit Mental


TIP – TIP MUDAH MEMBUAT PROJEK PSM

Aku kongsi beberapa tip membuat projek PSM yang telah diberi oleh beberapa lecture dan sahabat aku. Walaupon mulut mereka mudah untuk memberi pandangan dan tip tapi kesusahannya ditanggung oleh pelajar yang membuat PSM itu sendiri. Antara tip membuat Projek PSM ialah
1) Selalu jumpa supervisor
2) Bergaul rapat dengan panel presentation
3) Add facebook panel dan supervisor
4) Copy report PSM yang terdahulu. korang boleh download thesis secara percuma di laman web UTM (klik untuk mengetahui lebih lanjut)
5) Banyakkan doa dan sembahyang hajat agak hati panel terbuka untuk kita
6) Tidur hanya beberapa jam
7) Buat group project PSM bersama dengan beberapa member (bahagikan chapter). setelah selesai PSM pertama. Setiap ahli group haruslah membantu buat PSM ahli group yang lain. Sehingga semua PSM ahli group dapat disiapkan.
8) Upah orang lain untuk buat PSM ini. Pastikan orang yang diupah adalah bijaksana dan berkelulusan tinggi



KATA – KATA MOTIVASI PROJEK PSM
Orang hanya mudah berkata, orang hanya mudah menilai kita, orang hanya mudah memberi nasihat. Aku hanya mapu berdoa agak projek PSM kita semua berjalan lancar. Di sini aku sertai beberapa nasihat atau kata-kata motivasi bagi palajar yang akan fail atau pelajar yang putus asa untuk Projek PSM ini


"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."

1) PSM ini hanya duniawi. Jangan la kita terlampau bersedih untuk duniawi sahaja.
2) Gagal sekali bukan bermakna gagal buat selamanyer
3) "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " -Surah Al-Baqarah ayat 286
4) "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 13
5) "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). " -Surah Al-Imran ayat 200
6) "...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12

kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite, kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat, puas kita menangis mencari mana matahari kita, rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah....






Share/Bookmark