BERITA DAN VIDEO KEKEJAMAN MARIN ISRAEL
By PEREKA CERITA at Tuesday, June 01, 2010
ISU SEMASA
salam.. post untuk kali ni sebagai tanda bantahan kepada tindakan kejam rejim marin israel yang menyerang kapal Mavi Marmala kira-kira jam 7.30 pagi (31 jun 2010) ketika kapal tersebut dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza.
INFO KONVOI FREEDOM TORTILLA
1) Konvoi Freedom Tortilla adalah konvoi kemanusiaan terbesar yang disertai oleh 50 buah negara termasuk Malaysia.
2) Rombongan kemanusiaan ini melibatkan lebih daripada 700 peserta dan kapal Mavi Marmala membawa seramai 540 orang penumpang.
3) Terdapat beberapa individu berprofil tinggi di atas kapal-kapal tersebut termasuk pemenang Hadiah Nobel Keamanan 1976, Mairead Corrigan Maguire dari Ireland Utara
TINDAKAN KEJAM TENTERA ISRAIL
1)anggota-anggota komando Israel menyerbu enam buah kapal yang membawa beratus-ratus aktivis pro-Palestin yang sedang dalam misi menghantar bantuan
2)Difahamkan tentera rejim Zionis telah menguasai bilik media menyebabkan hubungan dengan kapal-kapal terbabit putus
3) tentera Israel menggunakan peluru hidup dan semburan gas sebelum sempat rombongan tersebut memasuki perairan Gaza.
4)Rakaman secara langsung sebuah bot Turki yang boleh dilihat di internet, menunjukkan komando berpakaian hitam Israel turun dari helikopter dan menyerang aktivis.
5)“Ketika keadaan masih gelap, komando Israel turun dari helikopter ke kapal Mavi Marmara dan terus melepaskan tembakan sebaik menjejakkan kaki di dek,” menurut laporan laman web Pergerakan Bebaskan Gaza.
6) Apapun, Israel tetap mempersalah aktivis damai terbabit.Tentera Israel, bagaimanapun, mendakwa askarnya hanya menembak selepas diserang dengan pisau, cotar dan tembakan peluru hidup.
7) Selepas 12 jam serangan dilakukan Israel ke atas kapal Mivi Marmara sehingga membunuh 20 sukarelawan dan 30 cedera,
8) Polis Israel memaklumkan 16 aktivis pro-Palestin dari kapal-kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza yang diserang pada awal pagi semalam telah dihantar ke penjara.
9) Aljazeera melaporkan bahawa identiti mangsa yang terkorban dan cedera semasa diserang tentera rejim masih ditutup oleh entiti haram Israel.
10) Mereka yang ditawan itu kini diletakkan dalam penjara Ashdod di selatan Israel.
BANTAHAN DUNIA & BANTAHAN DARI MALAYSIA
1) Pihak Berkuasa Palestin (PA) juga menggesa diadakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membincangkan tindakan umpama lanun, jenayah dan pembunuhan oleh Israel, kata ketua perunding, Saeb Erakat
2) masyarakat Arab Israel juga menyarankan mogok diadakan sebagai membantah operasi laut Yahudi itu selain melancarkan protes.
3) beratus-ratus orang daripada pelbagai peringkat politik keluar beramai-ramai ke jalan raya di bandar Nazareth bagi membantah serangan berkenaan.
4) penunjuk perasaan yang berhimpun di Pusat Peringatan Atatuerk, Dataran Taksim, Istanbul, Turki dan di Stockholm, Sweden, bagi membantah serangan Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan untuk Gaza semalam
5) Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama kesal dengan tindakan kejam rejim Zionis yang menyerang kapal aktivis keamanan dalam misi bantuan mereka ke Gaza.\
6) Moscow, Russia mengutuk serangan tidak berperikemanusiaan itu sambil menganggapnya sebagai satu pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa
7) PBB mengadakan satu mesyuarat tergempar hari ini bagi membincangkan tentang serangan yang dilaporkan telah meragut 19 nyawa selain turut mencederakan beberapa aktivis yang menyertai konvoi tersebut.
8) PAS akan mengadakan beberapa siri bantahan terhadap rejim zionis Israel ekoran tindakan mereka menyerang kapal Konvoi Bantuan Antarabangsa ke Gaza
9) Naib Presiden, Salahudin Ayub berkata, PAS akan menghantar satu surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang ini bagi meminta satu sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan isu ini.
10)Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar juga menuntut kerajaan menghentikan dengan segera sebarang urusan perdagangan yang rasmi atau tidak rasmi dengan negara haram Israel.
11) Laman web Sahabat Al-Aqsha pula melaporkan pada hari ini demonstarsi membantah tindakan kejam tentera rejim Yahudi menyerang misi bantuan kemanusiaan Gaza semalam diadakan di seluruh dunia termasuk Amerika.
12) Majlis Keselamatan PBB dijangka bersidang minggu depan dan usul itu kata Perdana Menteri membolehkan satu tindakan diambil terhadap regim Zionis itu.
BOIKOT PRODUK YAHUDI
RAKYAT MALAYSIA YANG MENYERTAI KONVOI
1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal
8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO
BEBERAPA VIDEO BANTAHAN
1) Mavi Marmala di serang marin israel
2) Bantahan Dunia terhadap Serangan Marin Israel keatas Mavi Marmala
3)Bantahan Rasmi Malaysia - Marin Israel Serang Mavi Marmala
SUMBER RUJUKAN BERITA
1)http://www.malaysiakini.com/bm/
2)http://www.bharian.com.my/bharian/
3) http://www.kosmo.com.my/
4) http://www.youtube.com/
5) http://www.utusan.com.my/utusan/
6) http://www.harakahdaily.net/v2/
7) http://www.hmetro.com.my/#3
8) http://mstar.com.my/