Punca dan Cara Mengatasi Masalah Malware di Blog

Masalah Malware di Blog

Salam… hari ni aku nak share info pasal malware. baru baru ni terlalu ramai blog yang terkena malware. Antara blog dan website yang pernah terkena malware ialah tv3 dan gengblogger. Blog pereka cerita pon pernah terkena virus malware.. baru baru ni virus malware menyerang blog yang mengandungi link gengblogger dan innity. So, mari kita mengenal virus malware dan mengikut langkah mengatasi masalah malware ni.

malware

Maksud Malware
Malware dalam bahasa melayu bermaksud Perisian perosak. Malware merujuk kepada perisian yang direka bagi membolos atau merosakkan sistem komputer tanpa kebenaran secara jelas daripada pemilik. Istilah ini seringkali digunakan oleh golongan profesional komputer sebagai istilah payung kepada bentuk-bentuk kod perisian yang mampu mendatangkan keburukan kepada komputer tanpa pengetahuan penggunanya. Malware sangat dikenali sebagai virus komputer kerana menggambarkan jenis perisian perosak, tapi sebenarnya bukan semua malware merupakan virus komputer. Istilah lain yang telah dicipta bagi perisian perosak adalah perisian jahat (badware), kemungkinannya disebabkan usaha anti-perisian perosak Stopbadware. Selain Malware virus computer seperti cecacing komputer, kuda Trojan, kebanyakan rootkit, perisian intip (spyware), perisian iklan (adware) turut ditakuti para pengguna internet. Malware juga tergolong dalam masalah pencemaran komputer, Malware perlu dibezakan dengan perisian cacat (defective software), ia itu, perisian yang mempunyai tujuan sah tetapi mengandungi pepijat perisian.


malware
Punca Malware
Salah satu punca yang sering disebut sebagai punca kelemahan sesuatu jaringan adalah homogeneiti atau budaya perisian tunggal. Secara khusus, Microsoft Windows mempunyai bahagian pasaran yang cukup besar sehinggakan membolehkan seseorang cracker untuk mengawal sejumlah besar system. Malware bergantung kepada script yang dipasang dan masalah tersebut timbul karena javascript yang di pasang memiliki program di indentifikasi sebagai program malware.


Kesan Malware
Para pengguna internet tidak boleh masuk ke laman web yang mengandungi malware. Jika mengabaikan amaran merah yang di beri, komputer atau laptop akan mudah panas. Trafik blog yang menggunakan malware turut menurun dan pagerank turut akan menurun dan kemungkinan blog atau website yang dijangkiti virus malware tidak boleh beroperasi lagi


Cara Membuang dan Mengatasi Malware
1.Baca amaran merah malware dengan lengkap
2 Cari dan kenal pasti punca berlakunya Malware
3 Buang kode-kode yang berkaitan dengan Malware tersebut
4 Download dan install FREE latest version software Malwarebytes Anti-Malware
5 scan laptop atau komputer




Konsep

Fungsi

Implikasi

Malware

Perisian yang berniat jahat. Singkatan kepada malicious software. Juga merujuk kepada virus dan trojan secara umum. Memanipulasi sistem komputer Kerosakan sistem komputer dan berlaku kecurian maklumat

Virus

Menjangkiti komputer dengan cara menyalin sendiri Menyerang dan mengubah akhiran fail seperti .exe, .doc Musnah dan rosakkan fail

Spyware

Perisian kurang dikenali dan diragui dipasang dalam komputer. Mengumpul maklumat tanpa disedari dan menghantarnya kepada pencipta perisian seperti kata laluan, tabiat carian di internet, menukar laman utama atau carian di pelayar internet, menambah menu kerja yang menjengkelkan pada pelayar dan nombor kad kredit Duit hilang, komputer perlahan

Scareware

Menakut-nakutkan pengguna. Hal ini berlaku apabila popup timbul semasa melayari internet dan memberitahu komputer telah dijangkiti ratusan virus. Memeras ugut wang pengguna dengan cara tertentu Pemberitahuan yang mengarut seringkali timbul.

Trojan

Aplikasi yang dilihat seperti tidak berbahaya tetapi mengandungi kod rahsia tertentu untuk melakukan sesuatu. Memasang laluan masuk komputer dari belakang (backdoor) Serangan terhadap laman sesawang, penghantaran spam dan proksi pelayan

Worm

Penyebaran menerusi jaringan internet Mengganggu sistem komputer Tiada tumpuan serangan, bergantung kepada nama dan pencipta worm

Related Posts:

  • TUTORIAL GENGBLOGWALKING - WAWWI BLOGWALKINGSalam harini aku nak share 1 software yang sangat menarik untuk blogger. Software ni seperti widget link exchange yang memberi point dan keistimewaan kepada blogger semasa blogwalking. Aku baru aje faham sistem yang digunakan… Read More
  • JANA DUIT MELALUI UMP SHARINGJANA DUIT MELALUI UMP SHARINGAsalamualaikum..... Hari ni aku nak share kat korang cara mudah untuk dapat duit melalui UMP SHARING... objectif post ni untuk menggalakkan student UMP membuka sharing site sendiri dan berkongsi f… Read More
  • Blogger link exchangesalam.. harini aku nak buat link exchange blogger kepada sesiapa yang berminat.kelebihan Link Exchange antara blog1) Dapat naikkan Alexa ranking blog kita sebabnya pelawat blog kita semakin ramai dan semakin popular.2)Tingkat… Read More
  • NUFFNANG - sumber duit untuk blog dan UMPSHARINGasalamualaikum... hari ni aku nak share kat korang sebab kenapa aku buat sharing dan buat blog.. dgn ada nyer blog korang boleh dpt duit. dan sharing merupakan salah 1 langkah untuk meningkatkan traffic blog korang. Iklan nuf… Read More
  • TUTORIAL : BLOGGER AWARDBLOGGER AWARDBlogger award adalah 1 tanda penghargaan yang diberi oleh 1pihak kepada pihak lain. fungsi sebagai tanda penghargaan dan award juga boleh dijadikan penghias dinding blog. aku rajin bagi award kat blogger lain. ha… Read More