Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Majlis Konvokesyen ke 5 Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Salam pembuka bicara. hari ni aku nak share info pasal Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang ke 5. Ucapan Tahniah kepada semua student UMP yang berjaya mendapat ijazah dan diploma untuk majlis konvo kali ini. UMP yang dulunya dikenali sebagai KUKTEM telah berjaya mengadakan majlis konvokesyen untuk kali ke 5 dan juga merupakan majlis konvokesyen yang ke2 berjaya dilakukan didalam UMP. Saat suka duka di UMP pasti akan dikenang buat selamanya oleh para graduan UMP. Dikhabarkan harini UMP Pekan tak ada electrik, ayuh mari semua penghuni KK5 di pekan, kita pergi memeriahkan Majlis Konvokesyen UMP ni. Untuk info konvokesyen UMP dengan lebih detail korang boleh masuk website UMP - http://konvo.ump.edu.my/

Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP)
CANSELOR
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang
Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
DK., SSAP., SIMP., DK (Terengganu)., DK (Johor)., SPMJ., PAT.

MB Pahang dianugerah ijazah kehormat UMP (HARIAN METRO)

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob bakal dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Teknologi) sempena Majlis Konvokesyen Ke-5 Universiti Malaysia Pahang (UMP), di sini, hari ini.
Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim, berkata anugerah berkenaan diberikan sebagai menghargai sumbangan Adnan terhadap perkembangan teknologi di Pahang sejak memegang jawatan Menteri Besar pada 1999.

Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP)

“Pada masa sama, beliau turut memperkukuhkan kualiti hidup penduduk dan menambah pelaburan swasta di negeri ini,” katanya.


Baru-baru ini, Adnan dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang Pentadbiran Pendidikan dari Universiti Yarmouk, Jordan.


Dr Daing Nasir juga berkata, seramai 1,030 graduan UMP turut menerima ijazah dan diploma masing-masing pada majlis konvokesyen yang akan disempurnakan Canselor UMP, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Dewan Kompleks Sukan UMP.




Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP)
PENGENALAN EXPOCONVO 2010

EXPOCONVO Universiti Malaysia Pahang adalah salah satu acara tahunan UMP yang wajib diadakan pada setiap tahun bagi meraikan para graduan yang telah telah tamat pengajian mereka dan menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP). Pelbagai acara yang diketengahkan. Acara –acara yang ada bukan sahaja mengasah minda dan mempunyai unsur ilmiah, sinonim dengan tertubuhnya UMP sebagai gedung ilmu, namun, terdapat juga acara yang menguji ketahanan fizikal dan mental. Acara-acara ini menerapkan semua nilai Jasmani, Rohani, Emosi, dan Intelektual (JERI) yang digariskan oleh pihak UMP. Kombinasi ini tidak disangkal telah merangkumi semua nilai teras UMP serta kemahiran insaniah yang digariskan oleh Kementrian Pengajian Tinggi Malaysia.

Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP)

SENARAI ACARA EXPOCONVO’ 10
Sempena eXpoconvo'10,pelbagai acara telah dirangka bagi memeriahkan lagi penganjuran eXpoconvo kali ini.Berikut merupakan acara-acara yang bakal dianjurkan pada tahun ini.
1. Bowling
2. Pertandingan Bola Sepak
3. Mencuci kereta
4. Khidmat setempat
5. Mencuci kereta Jelajah Kampung
6. Go Kart
7. Forum Perdana
8. Ceramah
9. PS2
10. Pesta Buah
11. Pertandingan AutoCAD
12. Youth Leader Conferences
13. Demonstrasi kebakaran
14. Absailing
15. Walk-in Interview
16. Paintball
17. Flying Fox
18. Ladies Night
19. Kids Fashion Show
20. Senamrobik
21. Pertandingan Bola Baling
22. Happy Games
23. Program Derma Darah & Free Medical and Teeth Check-up
24. Program Bual Bicara Wanita dengan kerjasama MATAHARI
25. Pertandingan Futsal
26. Demonstrasi K9
27. Pertandingan Mencipta Banner
28. Pertandingan Video Pendek
29. Pertandingan Choral Speaking
30. Rekacipta Roket Air

Acara Tambahan
1. Interfaith Dialog
2. Pertandingan Melukis Potret
3. Program Kitar Semula sempena eXpoconvo'10

Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP)Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP)