Proton Inspira - Proton Waja Lancer (2011)

Proton Inspira - Proton Waja Lancer

Proton Inspira - Proton Waja Lancer (2011)

SHAH ALAM 12 Okt. - Model baru Proton yang namanya masih dirahsiakan, akan dijual pada harga di bawah RM80,000 seunit bagi enjin 1.8 liter dan bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter.
Proton Inspira - Proton Waja Lancer
Terdapat tiga varian enjin MIVEC yang disediakan iaitu model 1.8 liter menggunakan transmisi manual dan transmisi automatik, serta model 2.0 liter dengan transmisi automatik.
Proton Inspira - Proton Waja Lancer
Bermula Khamis ini, orang ramai yang berminat memiliki kereta yang dikenali sebagai model pengganti Waja ini boleh membuat tempahan di seluruh rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.
Proton Inspira - Proton Waja Lancer
Nama model kereta yang diberi nama kod P3-90A ini juga akan diumumkan esok yang dipercayai mendapat 'inspirasi daripada nama tempatan,' manakala pelancaran rasminya ke pasaran ialah pada 10 November ini.
Proton Inspira - Proton Waja Lancer
Model ini adalah versi ditukar lencana daripada Mitsubishi Lancer, dengan kendalian dan sistem gantungan (suspension) dipertingkatkan oleh Proton dan sentuhan 'pemanduan sebelah kanan Lotus' untuk disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan tempatan.
Proton Inspira - Proton Waja Lancer
Semalam, para pengedar Proton telah dibawa memandu uji kereta ini, manakala hari ini, sekumpulan wartawan pemotoran termasuk Utusan Malaysia telah memandu ujinya dari Pusat Kecemerlangan Proton di sini sehingga ke Genting Highlands.
Proton Inspira - Proton Waja Lancer
Difahamkan, Proton meletakkan sasaran untuk menjual lebih 1,000 unit sebulan kereta ini dengan jangkaan versi 1.8 liter transmisi automatik bakal menjadi pilihan utama. Berdasarkan penelitian Utusan Malaysia, terdapat pengubahsuaian minimum dibuat ke atas kereta ini iaitu pada bahagian jeriji depan dan bamper belakang berbanding Lancer.
Proton Inspira - Proton Waja Lancer
Kereta ini disasarkan kepada pengguna Proton Waja dan Persona serta model-model jenama lain yang sekelas dengannya, yang mahu menaik taraf kepada kereta baru yang bergaya sport tetapi tetap sesuai untuk keluarga. Proton kenakan syarat ketat mengenai penerbitan gambar kenderaan itu dalam akhbar dan gambar yang tersiar hari ini ditentukan oleh pengurusan syarikat itu sendiri.


Spesifikasi Proton Inspira

4B10
Jenis Enjin : 4 Silinder Sebaris DOHC 16injap dengan sistem MIVEC
Sesaran : 1.8L (1798 cc)
Diameter Piston : 86 mm
Strok : 77.4 mm
Nisbah mampatan : 10.5:1
Sistem Bahanapi : Multi ECI
Kuasa Maksima : 105 kW (143 PS) pada 6000 rpm
Tork Maksima : 177 Nm (130 ftlbf) pada 4250 rpm
Harga cadangan : RM 79,xxx.xx

4B11
Jenis Enjin : 4 Silinder Sebaris DOHC 16injap dengan sistem MIVEC
Sesaran : 2.0 L (1998 cc)
Diameter Piston : 86 mm
Strok : 86 mm
Nisbah mampatan 10:1
Sistem Bahanapi : Multi ECI
Kuasa Maksima : 108-114 kW (147-155 PS) pada 6000 rpm
Tork Maksima : 198 Nm (146 ftlbf) pada 4250 rpm
Harga Cadangan : RM 95,xxx.xx

Proton Inspira - Proton Waja Lancer

Harga Baru Proton Inspira (update 11/11/2010)
Harga di Semenanjung Malaysia
* Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
* Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
* Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999

Harga di Sabah dan Sarawak
* Proton Inspira 1.8 M/T – RM80,999
* Proton Inspira 1.8 CVT – RM86,999
* Proton Inspira 2.0 CVT – RM93,999

Harga di Langkawi (Bebas Cukai)
* Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
* Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999
* Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999


Video Proton Isnpira


Proton Inspira - Proton Waja Lancer
sumber:
1) http://paultan.org/
2) http://www.inspiraclub.com/
3) http://kereta.info/