BLOG PEREKA CERITA DAPAT RM1000 DARI NUFFNANG
By PEREKA CERITA at Monday, June 06, 2011
NUFFNANG
Assalamualaikum.. harini perekacerita nak berkongsi 1 kejayaan blog pereka cerita selama berblog hampir mencecah 2 tahun.. ikhlas blog pereka cerita ini di buat bukan untuk mendapatkan duit berblog tetapi blog ini dicipta khusus untuk beri perkhimatan kepada student universiti malaysia pahang (UMP). Blog ini memberi perkhimatan UMP SHARING kepada student UMP. Inilah matlamat utama blog ini dicipta disamping menyediakan koleksi sinopsis sebagai rujukan kepada kaki wayang.
setelah hampir 2 tahun blog ini dicipta. sudah mencecah 830 post. blog pereka cerita mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca sekelian. kini majoriti pembaca blog pereka cerita bukan datangnya dari student UMP. Kerana pembaca sering datang ke blog inilah menyebabkan blog ini semakin dikenali. Blog ini berthemakan sinopsis sahaja bukanlah diketegorikan sebagai blog popular kerana hanya mencecah purata 1000 pelawat setiap hari.. kebiasaan blog popular mencecah hampir 10 ribu visitor contohnya seperti blog hiburan, blog politik dan blog download.
Gambar pendapatan blogger anak emas nuffnang
Kebiasaan blog yang mencecah 1000 pelawat akan mendapat sekurangya 3 buffered earning Nuffnang setiap bulan, tetapi Blog pereka cerita hanya mendapat 1 buffered earning sahaja untuk setiap 1 bulan. mungkin blog ini dianak tirikan oleh nuffnang. Tetapi sumber pendapatan blog ini datangnya dari CPC nuffnang. hampir RM100 sebulan sejak tahun2011. blog ini mendapat duit dari CPC nuffnang.. cukuplah untuk membayar bil P1 dan bil astro.
Kesimpulannya jika buat blog demi duit pastinya menyesal kerana hampir 2tahun untuk mendapatkan RM1000. satu tempoh yang sangat lama.. tetapi jika mahu buat blog demi menyebarkan informasi persilakan.. amat digalakkan untuk menyebarkan info yang anda tahu.. apa lagi buat la blog sekarang dan saksikan kejayaan blog anda setelah mencecah 1tahun, 2tahun atau lebih..
TIP JANA DUIT BLOG DENGAN NUFFNANG
blog pereka cerita ini blog anak tiri nuffnang.. kepada pembaca yang nak tip BLOG buat duit tambahan guna nuffnang boleh la rujuk anak emas nuffnang = http://www.eyriqazz.com/
dah RM beribu ribu beliau dapat.. yang bestnya beliau rajin berkongsi tip untuk buat duit guna nuffnang
Jangan lupa follow perekacerita di facebook yang sudah mencecah 18715 like = http://www.facebook.com/likeperekacerita
SEJARAH HUBUNGAN BLOG PEREKA CERITA DAN NUFFNANG
START BLOG : 10/10/2009
1st CPC : 18/10/2009
1st CPM : 15/3/2010
CPC TERTINGGI = RM 54.75 seminggu
CPC TERRENDAH = RM0 Seminggu
CPM TERTINGGI = RM 296.63 (2Bulan)
CPM TERENDAH = RM0 (6 BULAN)
EARNING TERTINGGI = RM407.88 (1 bulan)
EARNING TERENDAH =RM0 (1 Bulan)
CHECK OUT = 8 KALI
JUMLAH TERKINI (CHECK OUT) : RM1395