5 SALURAN BARU ASTRO SEMPENA RAYA



Sempena musim perayaan ini, Astro meneruskan tradisi dalam membekalkan pelbagai pilihan yang lebih bernilai dengan menawarkan lima buah saluran baru lagi untuk dinikmati oleh para pelanggan.
Bermula dari 1 September hingga 31 Oktober 2011
Lima buah saluran baru tersebut termasuklah
2 SALURAN RAYA ASTRO
  1. Raya HD (Saluran 188)
  2. Astro Fiesta (Saluran 100)

3 SALURAN HD ASTRO B.YOND
  1. Sundance HD (Saluran 438),
  2. Discovery HD World (Saluran 571)
  3. Astro SuperSport HD2 (Saluran 833).


Raya HD (Saluran 188)
Bermula pada Hari Raya yang pertama sehingga 9 September 2011, rakyat Malaysia berpeluang untuk menonton himpunan filem-filem tempatan terbaik, konsert dan drama bersiri di Raya HD (Saluran 188) yang mana antaranya termasuklah ‘Damping Malam’, ‘Aku Masih Dara’, ‘Love, Nora’, ‘Dan Sebenarnya…’, ‘Sanggul Beracun’, ‘7 Lagu’, ‘Bersalji di Kuala Lumpur’ dan ‘Panggilan Arwah’; Konsert Tribut P.Ramlee: Di Mana Kan Ku Cari Ganti, Konsert Wow Putrajaya 2011 dan Konsert 3 Diva serta drama bersiri ‘Pengantin Untuk Dijual’.

Selain daripada itu, para pelanggan juga boleh menikmati lebih 104 buah program menarik dan istimewa sempena Raya di rangkaian saluran Astro yang pelbagai seperti Astro Ria (Saluran 104), Astro Prima (Saluran 105), Astro Oasis (Saluran 106), Astro Ceria (Saluran 611), Astro Citra (Saluran 131), Astro Warna (Saluran 132) serta dua buah saluran baru menerusi Pakej Indo Pek iaitu Bintang (Saluran 141) dan Pelangi (Saluran 142). Antaranya termasuklah filem Ngangkung di Astro Citra, Maharaja Lawak Raya di Astro Warna serta Opera van Java Awards di Bintang (sila rujuk lampiran untuk butiran lanjut dan senarai penuh program).


Astro Fiesta (Saluran 100)
Manakala Astro Fiesta (Saluran 100) yang diperkenalkan sebagai tanda penghargaan kepada semua pelanggan Astro di atas sokongan mereka pula bakal menghimpunkan program-program terbaik Asia pelbagai genre dan bahasa untuk tontonan semua. Saluran ini juga ditawarkan untuk memenuhi kehendak para pelanggan yang mempunyai minat berbeza seperti komedi, drama, pengembaraan, aksi, romantik, jenayah dan sebagainya.

Bermula dari 1 September hingga 31 Oktober 2011, Astro Fiesta bakal menayangkan:
  1. Pelbagai filem Cina menarik seperti Little Big Soldier, Stool Pigeon, Detective Dee & 14 Blades serta konsert-konsert hebat oleh penyanyi-penyanyi popular seperti Leslie Cheung, The Big 4 World Tour, Nicholas Teo dan Konsert Istimewa Teresa Teng;
  2. Pelbagai filem Melayu menarik seperti Estet, Sembilu 2005 serta konsert-konsert menghiburkan seperti M.Nasir, Aizat Live in Damansara, Konsert Simplysiti, Konsert Double Trouble, Konsert Sore dan Konsert 4 Bintang;
  3. Konsert-konsert hebat yang menampilkan artis Indonesia seperti Wali Band dan Ungu;
  4. K-Pop Countdown yang menampilkan artis-artis K-pop terhangat dan menjadi kegilaan ramai masa kini
  5. Pelbagai filem Tamil dan Hindi serta konsert-konsert hebat termasuklah Toonpur Ka Super Hero, Arundhati, Guzaarish serta banyak lagi!


Sundance Channel HD (Saluran 438)
Istimewa buat para penonton yang meminati program-program berbentuk indie, Sundance Channel HD (Saluran 438) ialah sebuah saluran yang menawarkan program-program yang pernah memenangi anugerah serta program-program budaya asli yang menarik. Sundance Channel ialah sebuah saluran yang mana bakat, cerita dan idea disatukan. Menampilkan ikon-ikon kreatif masa kini dan bakat-bakat besar masa hadapan, Sundance Channel bakal menyiarkan program-program indie berbentuk filem, dokumentari, program fakta bersiri, program budaya dan seni serta banyak lagi. Sundance Channel juga akan membawa para penonton menyingkap dan menyusuri perspektif yang autentik mengenai misi Robert Redford untuk meraikan kreativiti.


Discovery HD World (Saluran 571)
Discovery HD World (Saluran 571) pula bakal memenuhi kehendak penonton yang dahagakan pengetahuan menerusi program-program berbentuk fakta dan cara hidup yang disulami dengan imej-imej dan butiran terperinci dengan pendekatan yang menarik dan menghiburkan. Menawarkan pengalaman menonton yang ideal, Discovery HD World akan menyiarkan program-program yang menyingkap keajaiban dunia merangkumi budaya, sains, sejarah semulajadi, pengembaraan dan cara hidup.


Astro SuperSport HD2 (Saluran 833)
Menerusi Astro SuperSport HD2 (Saluran 833) pula, para peminat sukan di Malaysia kini boleh menikmati pelbagai aksi sukan secara langsung dalam siaran definisi tinggi seperti Tenis Terbuka AS, Kejohanan Tenis ATP Terbuka Malaysia, Pertandingan Golf Piala Presiden serta sejumlah lebih 200 jam diperuntukkan untuk acara bola sepak antaranya Bundesliga, Liga Europa UEFA, Copa Sudamericana serta J-League. Para peminat sukan juga boleh menonton pelagai lagi program sukan seperti AS PGA Tour, Bola Sepak Amerika serta lebih 100 jam sukan atletik dan olahraga termasuklah tenis, sukan lasak, sukan kapal layar dan banyak lagi. Saluran ini juga turutmenyiarkan program-program terpilih ihsan daripada ESPN atau StarSports, contohnya seperti Formula 1 dan Moto GP.