• This is Slide 1 Title

    This is slide 1 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 2 Title

    This is slide 2 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 3 Title

    This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

Blogger link exchange

salam.. harini aku nak buat link exchange blogger kepada sesiapa yang berminat.







kelebihan Link Exchange antara blog
1) Dapat naikkan Alexa ranking blog kita sebabnya pelawat blog kita semakin ramai dan semakin popular.
2)Tingkatkan Page Rank sebuah blog jika kita bertukar link dengan blog yang ada Page Rank yang tinggi.
3) menyemarakan lagi amalan kunjung mengunjung atau blogger walking
4) menambah follower
5) boleh buat list blogroll
6) sebagai bukti kepada blogger yang pernah berkunjung ke blog ini
7) anda juga digalakkan meletak widget gengblogwalking untuk meningkatkan lagi trafik blog anda = TUTORIAL WAWWI BLOGWALKING
8) Untuk sesiapa yang berminat share link exchange ni boleh copy code html di bawah dan letak di blog anda

<center><a href="http://ceritadimataku.blogspot.com/2010/06/blogger-link-exchange.html" target="_blank"><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkp389ImGVEp2VXwzv3eQ3-UMZIEK-CLrLCWU8PRxiPLaLuJdXOLw1UtB65ctUfB3vaS471W1MKvNq_Gb62EIhIctaDG1CLGauvvTGl30NVOqTgrcf2sryl8bksfpBd7baCofjJ6NcOhQT/" />
<script type="text/javascript" src="http://www2.blenza.com/linkies/autolink.php?owner=perekacerita&postid=30Jun2010a"></script></a></center>



banner 150×150
award sebagai penghargaan kepada follower copy (tekan ctrl + c) code di bawah & masukkan dalam text blog korang . Kalau nak belajar tutorial blogger award klik sini

<center><a href="http://ceritadimataku.blogspot.com/" target="_blank" title="AWARD PEREKA CERITA"><img style="cursor:pointer; cursor:hand;width: 150px; height: 160px;" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhTYEKRgwdg7QuPVAiA8Di4I6veJSWWdom0jwr3liliTYed1OSRjhahniaz73TOlkREpP_iAGN_3G9xy2ZYpeJODVw2FF8cLH8ons87coLW61rFtoe-_H1zFxsD8od5BLbLKfwI6In-j9Y/s1600/award+pereka+cerita.jpg"/></a></center>



Share/Bookmark

TUTORIAL GENGBLOGWALKING - WAWWI BLOGWALKING

Salam harini aku nak share 1 software yang sangat menarik untuk blogger. Software ni seperti widget link exchange yang memberi point dan keistimewaan kepada blogger semasa blogwalking. Aku baru aje faham sistem yang digunakan.. sangat menarik.. so aku share agak widget ni tersebar dan kita mendapat menaikkan trafik blog bersama sama.








TUTORIAL WAWWI BLOGWALKING

Wawwi Matrix BlogWalking adalah widget yang akan memaparkan URL Blog anda ke senarai Networker blog yang mendaftar melalui blog anda mengikut formula Matrix nx15 dan juga merupakan sistem Autospillover.

Matrik nx15
Sebagai contoh jika status akaun anda ialah Matrik 5x5, jumlah blogger atau potensi trafik yang bakal anda terima adalah

Lv1: 5 = 5
Lv2: 5x5 = 25
Lv3: 5x5x5 = 125
Lv4: 5x5x5x5 = 625
Lv5: 5x5x5x5x5 = 3125
Jumlah Network: 3905 Blogger

Dengan ini potensi untuk anda mendapat trafik dari aktiviti blogwalking adalah lebih tinggi berbanding aktiviti blogwalking cara biasa. Sebagai contoh jika anda melayari 5 laman web melalui Wawwi Matrix Blogwalking sehari, anda sudah berpeluang mendapat 19 525 trafik ke blog anda dalam sehari. Hal ini adalah lebih mudah, menjimatkan masa, tenaga serta wang ringgit.

Anda pasti teruja menggunakan sistem ini dengan kedalaman sehingga level 15.

Autospillover

Apabila anda telah mencapai had lebar (width) downline network Level 1 anda, ahli terbaru akan dipindah ke network downline Level 1 anda itu dimana ahli yang belum atau mempunyai network terendah akan menerima ahli baru tersebut secara automatik.

Sistem yang digunakan:
MATRIK (nx15) + Autospillover



Sistem Mata (Point)

Fungsi mata ini adalah digunakan untuk menaiktaraf lebar atau kedalaman network anda dan juga diguna semasa sebarang pelawat yang klik melawat laman web anda di widget Wawwi Matrix BlogWalking. Semakin lebar atau semakin dalam network anda, semakin tinggi pelawat yang akan datang ke blog anda dan juga semakin banyak nilai mata yang bakal anda perolehi.

Anda diberi 10000 mata permulaan dimana fungsi nilai mata ini membolehkan blogger lain untuk melawat blog anda. Setiap klik unik sehari untuk lawatan ke blog akan dipotong 20 mata (jika upline melihat blog anda) dan dari 5 mata hingga ke 15 mata (jika downline melihat blog anda).

Apabila anda melayari sebarang laman web yang terdapat di dalam senarai network anda, sebagai contoh jika anda mempunyai 20 senarai blog, dengan melawat 20 blog itu, anda akan mendapat sejumlah nilai mata di widget anda itu seperti berikut:

Blog Downline (tanda REF) - 2 Mata
Blog Upline (tanda LV) - 1 Mata
Iklan Teks (tanda ADS) - 5 Mata
Iklan Banner 160x180 - 5 Mata
Iklan Banner 125x125 - 10 Mata
Iklan Banner 468x60 - 15 Mata



Jika downline anda klik link blog di widgetnya, maka anda akan mendapat 1 mata bagi setiap blog yang dilawatinya sehingga kedalaman level mengikut status akaun anda. Maksimum kedalaman adalah level 15. Dengan ini jika anda mempunyai network downline sebanyak 3905 blogger dengan purata klik ialah 10 link/blog sehari, maka anda akan memperoleh 39050 mata. Jika anda inginkan lebih lagi mata, maka anda perlu juga melawat blog lain di widget downline anda atau sebarang pelawat lain yang klik link di widget anda, maka anda dapat mata tambahan.

Jumlah Mata Sehari
3905 blogger x 10 blog dilawati = 39050 mata

Walaubagaimanapun anda diwajibkan untuk klik sekurang-kurangnya 2 link blog sehari untuk menerima jumlah mata tanpa had dari downline anda pada hari yang sama.

Selain dari itu, jika terdapat blogger yang mendaftar melalui widget anda, anda juga menerima nilai mata mengikut level.

Sponsor secara langsung = 20 mata
Downline level 1 = 15 mata
Downline level 2 = 14 mata
Downline level 3 = 13 mata
Downline level 4 = 12 mata
Downline level 5 = 11 mata
Downline level 6 = 10 mata
Downline level 7 = 9 mata
Downline level 8 = 8 mata
Downline level 9 = 7 mata
Downline level 10 = 6 mata
Downline level 11 = 5 mata
Downline level 12 = 4 mata
Downline level 13 = 3 mata
Downline level 14 = 2 mata
Downline level 15 = 1 mata

Potensi Nilai Mata Referral

Lv 1: 5 x 15 = 75 mata
Lv 2: 25 x14 = 350 mata
Lv 3: 125 x 13 = 1625 mata
Lv 4: 625 x 12 = 7500 mata
Lv 5: 3125 x 11 = 34375 mata

Jumlah keseluruhan:
43924 mata

Nilai mata lebih lumayan adalah hasil dari aktiviti blogwalking yang dapat anda lakukan dalam sehari. Semakin banyak blog dalam network anda dapat anda layari, maka semakin tinggi jumlah mata anda. Komisen anda juga akan tinggi kelak.



Pendapatan Sambilan

Sambil blogwalking dengan Wawwi Matrix BlogWalking, silalah kumpul nilai mata sebanyak mungkin kerana fungsi di masa-masa akan datang adalah anda berpeluang untuk menukar nilai mata kepada nilai wang sebenar. Pendapatan sambilan menanti anda semudah klik.

Manfaatkanlah sistem widget ini untuk menjana trafik dan pendapatan yang lumayan melalui blog.

Sila naiktaraf status akaun anda untuk menikmati trafik yang lebih berganda lagi.

Jika anda meminati widget ini, silalah ikuti perkembangan semasa widget ini melalui Twitter dan Facebook kami.


WAWWI BLOGWALKING vs NUFFNANG
Daripada beberapa sumber blog yang boleh dipercayai. wawwi blogwalking tidak melawan syarat pengiklanan nuffnang. walaupon kita register wawwi blogwaking tetapi kita masih berstatus glitterati. Selagimana Nuffnang tidak mengharamkan Shoutbox atau aktiviti blogwalking, atau pemasangan widget blogroll (Wawwi Matrix Blogwalking ialah widget list blogroll) maka selagi itulah boleh digunakan sistem widget ini sebab ia bukanlah sistem yang boleh generate trafik secara automatik (bukan autosurf dan bukan robots traffic surfing).


SOALAN SOALAN LAZIM
Q: Bagaimana Wawwi Matrik BlogWalking Berfungsi?
A: Ia berfungsi apabila anda mendaftarkan URL blog anda, maka anda akan menerima satu kod widget yang akan dipasang ke blog anda. Apabila terdapat pelawat atau blogwalker yang mendaftarkan diri di widget anda, maka anda mendapat downline dan kerja yang sama akan dilakukannya.

Q: Status akaun untuk ahli biasa?
A: Status akaun ahli biasa ialah Matrik 5x5

Q: Bagaimana untuk mendapatkan kod skrip widget ini?
A: Anda boleh mendapatkan kod anda semula semudah memasukkan URL dan email di mana-mana widget Wawwi Matrik BlogWalking yang anda jumpa.

Q: Bagaimana boleh dapat trafik?
A: Trafik akan datang apabila anda mempunyai senarai Network yang besar. Hal ini kerana URL blog anda akan terdapat di blog-blog downline anda sehingga kedalaman level ke 15. Setiap klik akan memberi jumlah mata kepada anda dan point tersebut akan diguna untuk naiktaraf status Matrik anda samada lebar atau kedalaman.

Q: bagaimana cara untuk cek points?
A: Dalam widget sebelah atas ada tertulis seperti berikut:-Senarai Network: Nama Blogger . Klik pada Nama Blogger untuk melihat status akaun dan network blogwalker Hafiz di situ.


CONTEST WAWWI UNTUK BLOGGER

Pihak wawwi juga telah menyediakan banyak contest yang menawarkan hadiah menarik kepada blogger. untuk keterangan lanjut sila ke http://gengblogwalking.wawwi.com/ Atau ke http://gengblogwalking.wawwi.com/geng-blogwalking.html




Share/Bookmark

TUTORIAL : BLOGGER AWARD


BLOGGER AWARD
Blogger award adalah 1 tanda penghargaan yang diberi oleh 1pihak kepada pihak lain. fungsi sebagai tanda penghargaan dan award juga boleh dijadikan penghias dinding blog. aku rajin bagi award kat blogger lain. hasilnya aku telah diberi award lebih dari 20 award tapi aku hanya ambik sedikit sahaja kerana aku tak suka kumpul award yang sama jenis dan aku tak suka jawap tag. sori pada blogger yang beri aku award tapi aku tak ambik.


CIPTA BLOGGER AWARD UNTUK FOLLOWER
nak cipta blogger award untuk follower blog korang sebagai penghargaan. aku cadangkan korang guna adope photoshop. aku tak berapa pandai menggunakan adope photoshop, so sesiapa yang nak belajar kena la search tutorial adope photoshop dekat youtube. dulu aku bagi kat follower aku award blog paling menarik

time cuti semesta ni kebosanan. so, aku buat la award baru khas untuk follower. aku guna adope photoshop untuk buat blogger award frienship ini. so, sesiapa follower blog ni boleh la ambik award terbaru ini khas untuk korang.
kalau nak kumpul award blogger kena la kita mulakan dulu. rajinkan diri bagi award kat blog lain, insyaallah nanti akan ada blogger lain bagi kita blogger award pulak. so. sesiapa yang baru nak bermula kumpul blogger award boleh la ambik award saya ini. kita kumpul blogger award banyak banyak


SCROLBAR BERGERAK UNTUK BLOGGER AWARD

atas pemintaan honeymour nak tahu pasal cara buat scrol bergerak untuk letak award-award yang telah dikumpul. scrol ini bagus untuk menjimatkan ruang dinding blog. so, ini tutorial step by step.

1) Log in blog
2) klik dashboard
3) klik Add gadget
4) klik HTML/ Javascripts
5) masukkan code dan save


<div style="border: 1px solid rgb(238, 238, 238); padding: 10px; overflow: auto; width: 95%; height: 95%;"><strong><marquee behavior="scroll" direction="UP" scrollamount="3">

<center><a href="http://ceritadimataku.blogspot.com/" target="_blank" title="AWARD PEREKA CERITA"><img style="cursor:pointer; cursor:hand;width: 150px; height: 160px;" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhTYEKRgwdg7QuPVAiA8Di4I6veJSWWdom0jwr3liliTYed1OSRjhahniaz73TOlkREpP_iAGN_3G9xy2ZYpeJODVw2FF8cLH8ons87coLW61rFtoe-_H1zFxsD8od5BLbLKfwI6In-j9Y/s1600/award+pereka+cerita.jpg"/></a></center>

</marquee></strong></div>



code hijau = code scrol bergerak
code biru = code award

hasilnya :




DOMO ARIGATOK.. THANK..SYUKRAN JAZIILAN LAKUM.. !!

























korang boleh juga letak badge, iklan atau test dalam scrol bergerak ini.




banner 150×150
award sebagai penghargaan kepada follower copy (tekan ctrl + c) code di bawah & masukkan dalam text blog korang

<center><a href="http://ceritadimataku.blogspot.com/" target="_blank" title="AWARD PEREKA CERITA"><img style="cursor:pointer; cursor:hand;width: 150px; height: 160px;" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhTYEKRgwdg7QuPVAiA8Di4I6veJSWWdom0jwr3liliTYed1OSRjhahniaz73TOlkREpP_iAGN_3G9xy2ZYpeJODVw2FF8cLH8ons87coLW61rFtoe-_H1zFxsD8od5BLbLKfwI6In-j9Y/s1600/award+pereka+cerita.jpg"/></a></center>

kalau korang nak share pic award korang dekat follower juz tukar url blog (href) dan url picture (src) dalam code award. tukar code berwarna merah. kalau nak buat kotak koding award kena tukar simbol <> pada coding award ikut gambar dibawah.
code ini di letak di dalam coding scrol dan "UP" dibuang untuk mengelak code award bergerak
Share/Bookmark

Punca dan Cara Mengatasi Masalah Malware di Blog

Masalah Malware di Blog

Salam… hari ni aku nak share info pasal malware. baru baru ni terlalu ramai blog yang terkena malware. Antara blog dan website yang pernah terkena malware ialah tv3 dan gengblogger. Blog pereka cerita pon pernah terkena virus malware.. baru baru ni virus malware menyerang blog yang mengandungi link gengblogger dan innity. So, mari kita mengenal virus malware dan mengikut langkah mengatasi masalah malware ni.

malware

Maksud Malware
Malware dalam bahasa melayu bermaksud Perisian perosak. Malware merujuk kepada perisian yang direka bagi membolos atau merosakkan sistem komputer tanpa kebenaran secara jelas daripada pemilik. Istilah ini seringkali digunakan oleh golongan profesional komputer sebagai istilah payung kepada bentuk-bentuk kod perisian yang mampu mendatangkan keburukan kepada komputer tanpa pengetahuan penggunanya. Malware sangat dikenali sebagai virus komputer kerana menggambarkan jenis perisian perosak, tapi sebenarnya bukan semua malware merupakan virus komputer. Istilah lain yang telah dicipta bagi perisian perosak adalah perisian jahat (badware), kemungkinannya disebabkan usaha anti-perisian perosak Stopbadware. Selain Malware virus computer seperti cecacing komputer, kuda Trojan, kebanyakan rootkit, perisian intip (spyware), perisian iklan (adware) turut ditakuti para pengguna internet. Malware juga tergolong dalam masalah pencemaran komputer, Malware perlu dibezakan dengan perisian cacat (defective software), ia itu, perisian yang mempunyai tujuan sah tetapi mengandungi pepijat perisian.


malware
Punca Malware
Salah satu punca yang sering disebut sebagai punca kelemahan sesuatu jaringan adalah homogeneiti atau budaya perisian tunggal. Secara khusus, Microsoft Windows mempunyai bahagian pasaran yang cukup besar sehinggakan membolehkan seseorang cracker untuk mengawal sejumlah besar system. Malware bergantung kepada script yang dipasang dan masalah tersebut timbul karena javascript yang di pasang memiliki program di indentifikasi sebagai program malware.


Kesan Malware
Para pengguna internet tidak boleh masuk ke laman web yang mengandungi malware. Jika mengabaikan amaran merah yang di beri, komputer atau laptop akan mudah panas. Trafik blog yang menggunakan malware turut menurun dan pagerank turut akan menurun dan kemungkinan blog atau website yang dijangkiti virus malware tidak boleh beroperasi lagi


Cara Membuang dan Mengatasi Malware
1.Baca amaran merah malware dengan lengkap
2 Cari dan kenal pasti punca berlakunya Malware
3 Buang kode-kode yang berkaitan dengan Malware tersebut
4 Download dan install FREE latest version software Malwarebytes Anti-Malware
5 scan laptop atau komputer




Konsep

Fungsi

Implikasi

Malware

Perisian yang berniat jahat. Singkatan kepada malicious software. Juga merujuk kepada virus dan trojan secara umum. Memanipulasi sistem komputer Kerosakan sistem komputer dan berlaku kecurian maklumat

Virus

Menjangkiti komputer dengan cara menyalin sendiri Menyerang dan mengubah akhiran fail seperti .exe, .doc Musnah dan rosakkan fail

Spyware

Perisian kurang dikenali dan diragui dipasang dalam komputer. Mengumpul maklumat tanpa disedari dan menghantarnya kepada pencipta perisian seperti kata laluan, tabiat carian di internet, menukar laman utama atau carian di pelayar internet, menambah menu kerja yang menjengkelkan pada pelayar dan nombor kad kredit Duit hilang, komputer perlahan

Scareware

Menakut-nakutkan pengguna. Hal ini berlaku apabila popup timbul semasa melayari internet dan memberitahu komputer telah dijangkiti ratusan virus. Memeras ugut wang pengguna dengan cara tertentu Pemberitahuan yang mengarut seringkali timbul.

Trojan

Aplikasi yang dilihat seperti tidak berbahaya tetapi mengandungi kod rahsia tertentu untuk melakukan sesuatu. Memasang laluan masuk komputer dari belakang (backdoor) Serangan terhadap laman sesawang, penghantaran spam dan proksi pelayan

Worm

Penyebaran menerusi jaringan internet Mengganggu sistem komputer Tiada tumpuan serangan, bergantung kepada nama dan pencipta worm

Return To Africa 2010 (FIFA 2010)





salam.. korang yang peminat bola mesti tak sabar nak tengok fifa 2010. mesti dah tengok jadual perlawanan kan. kebanyakan game main awal, so takde la ramai yang jadi burung hantu nanti hehehe.... tapi dalam bab fifa 2010 ni ada 1 kes yang aku tension iaitu kes lesen judi fifa 2010 yang diluluskan oleh kerajaan??? mengapakah perlu menghalalkan perkara buruk??? harap kes ni cepat selesai... arini aku nak share program tv berkenaan bola semperna fifa 2010.


WEB RASMI RETURN TO AFRICA 2010
http://www.returntoafrica.com.my/



Demam Piala Dunia Media Prima (Utusan Malaysia)

MESKI tidak memperoleh hak penyiaran perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan selama sebulan bermula 11 Jun ini, rangkaian televisyen Media Prima Berhad (MPB) tidak 'patah kaki' dalam bersama memeriahkan kaca televisyen dengan pelbagai program menarik.

Bertemakan Return To Africa 2010, TV3, TV9, ntv7 dan 8TV, masing-masing telah pun menyenaraikan kepelbagaian 'bahan' untuk menghangatkan suasana Piala Dunia termasuk kuiz yang bakal menerbangkan pemenang ke Afrika Selatan.

Program bercorak dokumentari, drama, filem, bual bicara serta program kanak-kanak, semuanya dihidangkan MPB dalam membawakan semangat Piala Dunia di kaca televisyen tempatan.

Stesen TV3, sebagai stesen utama, bakal memulakan 'demam' Piala Dunia seawal 1 Mei nanti dengan sebuah rancangan berjudul The Immortals.

The Immortals akan memaparkan wajah-wajah pemain bola sepak handalan dunia yang telah berjaya mencipta sejarah serta menawan hati jutaan peminat bola.

Bual bicara seperti Sorak Borak yang akan bermula 3 Mei pula tampil secara langsung dengan pelbagai topik berkaitan perlawanan bola yang dilontarkan oleh selebriti serta peminat bola sepak.

Dalam mengembalikan nostalgia mengenai Piala Dunia, TV3 tidak lupa membawakan FIFA The Finals yang memaparkan 11 perlawanan akhir paling menarik sepanjang 1966 hingga 2006.

Kanak-kanak juga tidak diketepikan dengan dua program menarik iaitu DreamKix serta Kung Foot selain dua program di luar studio bercorak permainan seperti Kembara Bola serta Kids Soccer Fiesta.

Berlainan di TV9 pula, stesen dengan tagline Dekat Di Hati ini juga tidak lupa memfokus kepada Piala Dunia dengan program seperti Jersi 9, Kad Kuning Kad Merah, K9 : Pencarian Pengulas Sukan Bola Chopp, i-Glam : Football Fashion Segment, Kick Off, Nabil & Co. dan Chopp!! Bola.

Animasi kesukaan ramai, Upin & Ipin juga tidak ketinggalan meraikan Piala Dunia 2010 dengan impian mereka untuk bergelar bintang bola sepak satu hari nanti.

Begitu juga dengan ntv7 dan 8TV. Dua siaran terbabit, masing-masing punyai susunan program antaranya Bola Mania, Galactik Footbal dan The Arena di ntv7 manakala 8TV dengan barisan program iaitu The Rise & Rise Of Beckham, No Limit (sebuah drama Korea), Cristiano Ronaldo - The Portuguese Prodigy serta Zinedine Zidane - 'Zizou' The Great.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen MPB, Datuk Seri Farid Ridzuan berkata, biarpun MPB tidak memperoleh hak penyiaran perlawanan, MPB tetap menyediakan segala program dalam menyemarakkan lagi semangat Piala Dunia.

Menurutnya, Piala Dunia bukan sekadar perlawanan semata-mata tetapi lebih daripada segala-galanya.

''Berdasarkan pengalaman, penonton sebenarnya mahu menjiwai Piala Dunia selain menonton perlawanan.

''Mereka juga mahukan program-program yang berkaitan dengan Piala Dunia, sejarahnya serta program lain.

''Justeru, kami telah menyenaraikan pelbagai program terbaik khusus untuk penonton sepanjang berlangsungnya perlawanan Piala Dunia,'' katanya ketika ditemui semasa pelancaran Return To Africa 2010 di ibu negara, baru-baru ini.

Diaju persoalan tentang kebimbangan MPB terhadap rating dan pengiklan sepanjang Piala Dunia, Farid menjelaskan, perkara tersebut tidak perlu dibimbangkan.

Ini kerana, ujarnya, atas dasar pengalaman Piala Dunia yang lalu, rating MPB tetap berada di tangga terbaik dan pengiklan juga yakin dengan rangkaian televisyen MPB.

''Jika tidak ada permintaan, sudah tentu kami tidak berani mengetengahkan program khas sempena Piala Dunia ini.

''Pengiklan tetap yakin dengan MPB walaupun kami bukanlah penyiar rasmi,'' tegasnya penuh yakin.

Katanya, nisbah penyiaran program sempena Piala Dunia di rangkaian televisyen MPB adalah seimbang antara kandungan program luar dan tempatan.

Ditanya mengenai mengapa MPB tidak bersaing dalam mendapatkan hak penyiaran perlawanan Piala Dunia, Farid memberitahu bahawa ia bergantung kepada bajet dan permintaan pengiklan.

Sementara itu, Farid berkata, sepanjang berlangsungnya Piala Dunia, MPB akan turut membantu Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam mempromosikan siaran perlawanan di stesen milik kerajaan itu.




'Bola Mania' Semarakkan Piala Dunia 2010 (mStar)

MUSIM demam bola sempena Piala Dunia datang lagi! Bagi menyemarakkan semangat kesukanan, ntv7 menganjurkan program gameshow Bola Mania mulai 3 Jun ini, setiap Khamis, pukul 9 malam.

Program pertama kali yang dianjurkan oleh stesen televisyen itu menampilkan penyampai radio Hot FM AG, Muhammad Azmir Selamat selaku hos di samping penyertaan daripada ramai selebriti yang lain.

Antaranya adalah Aliff Satar, Ezlynn, Farish Aziz, Ana Raffali, Zahid, Iqbal Mazlan, Fiq, Nine Coco, Zoey, Fizo Omar dan Ejal ‘Grey Sky Morning’.

Program 20 episod yang akan berlangsung selama 30 minit itu dirakamkan di set yang lengkap dengan gelanggang futsal dan tiang gol malah setiap episod menyaksikan dua kumpulan berentap untuk merebut kejuaraan.

Setiap kumpulan dianggotai dua peserta yang terpilih menerusi pusingan awal pada April lalu termasuk penyertaan seorang selebriti.

12 pasukan akan berentap bermula pusingan mingguan, suku akhir, separuh akhir dan seterusnya juara Bola Mania akan dimahkotakan pada malam akhir Piala Dunia nanti.

Program ini dibahagikan kepada tiga segmen iaitu ‘Masa Pertama’, ‘Strategi’ dan ‘Serang’. Dalam pusingan ‘Masa pertama’, peserta diajukan soalan-soalan berkisar dunia bola sepak tempatan dan antarabangsa.

Sementara segmen ‘Strategi’ menampilkan para peserta untuk menjawab soalan sepantas mungkin berdasarkan gambar yang ditunjukkan.

‘Serang’ merupakan pusingan akhir yang melibatkan kemahiran para peserta bermain bola sepak sambil seorang peserta daripada setiap kumpulan bermain dengan mata dibaluti kain.

“Ntv7 sangat berbangga untuk menjadi sebahagian daripada demam bola yang melanda peminat bola sepak seluruh dunia ini.

“Bola Mania bakal mencetuskan emosi dan kegilaan peminat bola sepak di Malaysia sambil menyegarkan semula pengetahuan mereka dalam acara sukan ini di samping berhibur dengan aksi-aksi peserta,” kata Pengurus Penjenamaan Kandungan Urban ntv7, Emilya Ab Rahim mengenai program yang dilancarkan di Sri Pentas, Bandar Utama semalam.

Pemenang dalam Bola Mania akan menerima pelbagai hadiah seperti SYM-Engine daripada Life motorcycles, gelang magnetik E-Dymium, baucer daripada Uni-world Travel & Tours, jam tangan Roscani, topi keledar Solidgold, barangan Nanomite, telefon bimbit E-Touch, pakaian dan aksesori Lancast, barangan Adidas Body Care trofi serta wang tunai.




Bola Mania di ntv7 sempena Piala Dunia (bharian)



Dibahagikan kepada tiga segmen, setiap episod menguji pengetahuan peserta dalam sukan bola sepak serta kepakaran mereka di gelanggang futsal. Pusingan pertama digelar Masa Pertama di mana peserta akan diajukan soalan berkisar dunia bola sepak tempatan dan antarabangsa.

Peserta hanya diberi tujuh saat untuk menjawab setiap soalan dan jika gagal, kumpulan lawan akan diberi peluang untuk menjawab soalan itu. ‘Kad kuning’ akan dilayangkan kepada peserta yang tidak dapat menjawab tiga soalan dengan betul dan mereka akan mendapat ‘kad merah’ sekiranya memberikan jawapan yang salah untuk kali keempat.

Segmen Strategi pada pusingan kedua mencabar peserta untuk menjawab soalan sepantas mungkin berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Kumpulan yang paling banyak menjawab soalan dengan betul akan memenangi pusingan ini.
Serang adalah pusingan akhir yang membabitkan kemahiran peserta bermain bola sepak sambil seorang peserta daripada setiap kumpulan bermain dengan mata dibaluti kain. Pemain yang matanya ditutup menjaga gawang gol, sementara seorang lagi menyepak bola kepada pemain ketiga yang harus menanduk atau menendang bola menggunakan buku lali.

Pada akhir pusingan, kumpulan yang berjaya mengumpul markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang. Pemenang dalam Bola Mania akan menerima pelbagai hadiah seperti SYM-Engine daripada Life Motorcycles, gelang magnetik E-Dymium, baucar Uni-world Travel & Tours, jam tangan Roscani, topi keledar Solidgold, barangan Nanomite, telefon bimbit E-Touch, pakaian dan aksesori Lancast, barangan Adidas Body Care, trofi serta wang tunai.



Share/Bookmark